Tuesday, July 19, 2016

Just for thoughts . . .

Hey, this essay is for you whomever I gave the link to.

Bayangkan awak mulakan hari dengan langkah yang konfiden dan senyuman yang menawan giteww pergi ke hal ehwal ataupon keje masing2 la. Hahaha, awak memulakan hari awak dengan senyuman...main sembang2 ngan member2, cite gosip itu gosip ini...sampaikan nama saya pon naik dalam gosip awak kan (kurang hajar tol :P). Awak habiskanlah hari awak itu dengan segala kerja yang terbantut di hari sebelumnya. Then dah habis kerja sume, kire nak melepak je la kan...

Jangan terkejut,ini mungkin terjadi. Saya cuma mengingatkan pada awak. Tiba2 ada satu panggilan,awak tidak menjawab panggilan itu. Iyela, unknown number la katakan. Sampai ke malam number tu asyik call awak,ni apehal tak angkat2 ni? Lari dari agen insuran eh? Hahaha. Sampai satu tahap awak dah fedup trus angkat call and maki2 kenapa asyik kacau awak dari ptg tadi...nak rehat pon tak buleh!

RUPA-RUPANYA...itulah panggilan dari keluarga saya.

Awak minta maaf pada diorg sebab tetibe maki2 angkat call. Then awak tanya la kenapa calling2 dari petang tadi? Pelik kan tetibe family saya call awak? Haha,jgn risau. Bace je sampai abes,ngeee.

My family mintak awak bersabar sangat2,tenangkan hati dan istighfar byk2...sebab saya....dah tak ada dah kat dunia ni. Sebab saya meninggal? Itu terpulang kepada yang atas untuk tentukan cara kematian saya,heheh. Saya tak dapat agak perasaan awak masa menerima panggilan ni,tapi awak mungkin orang pertama yang dapat tahu pasal saya,ceh kembang lubang idung kann sebab jadi org first! :P

Family saya minta awak hadir majlis pengebumian saya,ada hal lah katakan (katakau). Jadi awak datanglah,walaupun jauh...yela sebab lepas ni dah xdpt tgk saya berjalan2 merantau dunia dah (boleh gitu?). Awak dtg tgklah jasad saya terbaring atas katil,awak jangan la menangis...saya tak nak tgk awak menangis,kalau awak menangis abes la nnt saya kerjakan awak! Hahaha!

Lepas dah abes semua majlis tu,awak pon ke rumah saya balik untuk tanya kat family saya apa yang penting sangat sampai suruh awak datang tu. RUPANYA,saya serahkan laptop saya dan henfon saya kat awak. Barang lain je saya serahkan kat family,tp barang paling berharga tu saya serahkan kat awak okayh! (sebab awak kawan baik saya dunia akhirat, padahal satu lagi sebab xnak family tgk ape dalam hard disk tu. mampos kalau de pape. hahaha!). Jadi awak bawak balik la barang yang dah saya amanahkan kat awak tu. Awak jaga elok2 tau barang tu. Sebab saya sayangg barang2 tu,tiap2 malam peluk barang tu je. Hihihi.

Walaupun kita dah lama xcontact ke,saya dah menyepi tiba2 tak bermakna saya lupakan awak. Saya ingat semua orang dan saya rindu sangat2 kat semua,hehehe. Awak tak boleh bersedih tau,saya tak suka! Grrr! Awak buka laptop tu tau,saya rasa awak pon tau password laptop tu. Buka dengan berhati2 tau!

Jadi balik tu awak buka la segala barang yang dapat...awak buka henfon,tiba2 ada draft yang mungkin ada hutang saya yang belum langsai tu sbb saya suka simpan dalam henfon kalau saya ada hutang siapa2, mungkin ada pape coretan saya dalam tu. Hihihi, yang penting skali awak buka lah laptop saya...saya tau awak akan menangis...sebab wasiat saya ada dalam laptop (canggih noh teknologi zaman skrg,tak payah dah nak kertas2 semua nih :P ..)

Saya amanahkan awak segala akaun2 saya (FB, Twitter, Tagged, Formspring, Blogger, Gmail, Ymail, live!Mail, etc). Awak jaga la semua akaun saya tu k,jgn buat bende bukan2 tau. Grrr! Hahaha,awak tolong la informkan kengkawan sume pasal saya. Saya taknak diorg tercari2 saya nanti,saya xnak diorg sedih gak tau! Awak hide la ape2 yang patut,delete la ape2 yang patut tau. Hihi,saya percayakan awak sorang je ni.

So awak buat la ape yang saya dah suruh awak buat,tibe2 awak terjumpa satu dokumen khas saya tujukan ntuk awak, menyatakan saya hargai awak sebagai kawan saya dan saya sangat2 sayangkan awak! Ngee. Eh,saya pernah janji ngan awak ntuk jaga awak sampai akhir hayat saya kan...saya minta maaf saya xdpt nak tunaikan sbb saya lama menyepi ngan awak. Awak,saya minta maaf tau...walaupun awak xdengar tp saya xsuka mungkir janji saya. Saya nak awak dengar lagu "The Fray - How To Save A Life". Awak hayati la lagu tu,mendalam maksud dia tau! Ngeee.

Awak,jangan lah menangis...saya sentiasa melihat awak kalau saya masuk ke syurga nanti, InshaAllah. Awak tolong lah jaga diri awak,saya tak nak awak sakit sebab saya nanti. Kalau awak sakit,jaga la...kena la nnt dengan saya tau! Hehehe,ok lah...itu je cerita saya kali ni.

Maaf entry sedih,but untuk renungan bersama...hargailah orang yg berada di hadapan kita sebelum terlambat.


ASSALAMUALAIKUM :)

No comments:

Post a Comment