Saturday, December 28, 2013

Musim Exam

Pejam celik, pejam celik rupanya aku dah semester lima dah sekarang. Macam-macam aku lalui, pahit getir terlalu banyak nak berceloteh. Tapi pegangan satu je, yang buruk dijadikan pedoman dan yang baik dijadikan panduan.

Selama aku kat Universiti Utara Malaysia ni, banyak dah aku lalui. Rakan-rakan, keluarga yang mampu memberi aku semangat untuk teruskan perjuangan hingga ke hari ni.

Aku tak pernah berazam untuk mencari kesusahan, sebaliknya kesenangan di masa hadapan. Dan aku juga mahukan kebahagiaan untuk insan-insan yang berada di sekeliling aku. Doaku sentiasa berada bersama Allah SWT, sebab aku tahu doa itu adalah pembakar semangat jiwaku.

Aku berazam, untuk melihat kejayaan insan-insan disekelilingku. Untuk melihat tangisan dan senyuman kebahagiaan mereka, melihat betapa bersyukurnya ibu bapaku apabila aku menggenggam segulung ijazah di tanganku.

Aku berdoa kepadaMu Ya Allah, untuk sentiasa memberiku semangat dan ingat kepadaMu walau apa jua keadaan sekalipun yang aku hadapi. Aku yakin, dengan usaha aku mampu melonjak jauh kepada kejayaan di masa hadapan.

Aku berdoa kepadaMu, untuk sentiasa memberkati insan di sekelilingku, memberikan mereka semangat, melembutkan hati mereka untuk menerima segala ujianMu, memastikan mereka berada di sekelilingku...bahagia dan berjaya.

Amin Ya Rabbal Al Amin.

Sincerely,


No comments:

Post a Comment