Thursday, November 21, 2013

[CERPEN] Kamu Sentiasa di Hatiku

Art merupakan seorang manusia happy-go-lucky yang sentiasa berfikiran positif dan easy-going di mana jua dia berada. Tidak kira dengan keadaan sekeliling, dia mampu membuat sesiapa pun tersenyum apabila bergaul dengannya. Senyumannya merupakan senyuman yang paling menawan di kalangan rakan-rakannya. Sifatnya ini lahir sejak dia berada di bangku sekolah lagi.

Akan sifat yang terdapat di dalam dirinya, tiada sesiapa yang tahu bahawa dia menyimpan sesuatu yang hitam di dalam dirinya. Sesuatu yang membunuh dirinya, yang ditutup olehnya daripada rakan-rakan di sekelilingnya. Kisah ini menceritakan tentang hidup Art di kalangan rakan-rakan rapatnya dan kesan yang ditinggalkan olehnya kepada mereka semua.

Selepas Art menamatkan pelajarannya di peringkat STPM, dia melanjutkan pelajarannya ke universiti. Di sana, dia bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Tetapi ini tidak menggoyahkan hatinya, kerana ia menjadi satu cabaran untuk bergaul dengan pelbagai jenis manusia di situ. Art yang mahir di dalam bidang perhubungan awam mampu menarik sesiapa pun menjadi senang akan dirinya. Sifat itulah yang menemukan Art dengan rakan-rakan yang mulai dikenali sebagai BFF (Best Friend Forever). Pertemuannya dengan BFF merupakan sesuatu yang amat kelakar apabila mereka bertemu secara tidak sengaja di panggung wayang berebutkan tiket untuk menyaksikan filem terkenal pada masa tersebut. Perebutan antara 4 orang sekawan itu agak menyayat hati, semata-mata berebutkan satu keping tiket wayang yang memberi kesudahan ditarik sehingga terkoyak. Akibat itu mereka ketawa dan mula berkenalan dan bergelak ketawa bersama-sama.

Tidak disangka juga mereka sekampus tetapi bukan satu bidang yang sama. Anisa, seorang perempuan yang bersifat insecure (tidak yakin pada diri sendiri), Johan seorang lelaki yang macho dan mempunyai ego yang tinggi dan juga Serina, perempuan yang mempunyai sifat lemah lembut tetapi kasar apabila merebutkan sesuatu. Empat orang sahabat ini sentiasa bertemu walaupun tidak mempunyai kelas bersama, sesibuk mana mereka sedetik waktu terluang mereka masih luangkan untuk bertemu dan berkongsi kisah mereka. Inilah yang dikatakan takdir ketentuan Ilahi akan persahatan hakiki.

Semasa Art bergaul dengan mereka, dia pertama kalinya menceritakan kisah-kisah pahitnya kepada mereka. Bagaimana hidupnya dimusnahkan oleh rakan sekolahnya, bagaimana hari lahirnya hanya disambut dengan sebiji kek cawan (muffin) dan bagaimana dia menguatkan diri bagi menghadapi hari-hari yang mendatang di hadapannya. Di saat itulah mereka semua mula berkongsi cerita di antara pertemuan yang dilakukan. Segala sifat dan sejarah hidup di antara empat orang itu dikongsi dan dirahsiakan di antara mereka.

Pada suatu hari, hari lahir Art dekat dengannya. Anisa, Johan dan Serina mempunyai rancangan untuk menyambut hari lahir Art secara mengejut. Pelbagai helah direka oleh mereka bertiga untuk menemukan Art di kawasan sambutan hari lahirnya. Setelah terkena dengan helah mereka, Art sampai ke kawasan sambutan dan alangkah terkejutnya dia apabila tiga rakannya itu mengejutkannya dengan jeritan "SURPRISE!!!" di situ. Air matanya mengalir tanda gembira, "tidak pernah aku disambut sebegini, terima kasih...kawan-kawanku". Mereka makan dan bergelak tawa pada hari tersebut.

Keesokan harinya, hidup mereka berempat tampak lebih ceria kerana persahabatan agung itu menjadi kekuatan untuk mereka meneruskan hari mereka. Bertahun mereka berkawan dan tiada siapa menggoyahkan persahabatan tersebut. Sehingga lah suatu hari dimana Johan mula memperkenalkan teman wanitanya, Lisa kepada mereka dan inilah permulaan sebuah tragedi yang amat sedih berlaku. Tanpa disangka teman wanita johan hanyalah lakonan bagi menjatuhkan persahatan mereka berempat. Rancangan Lisa adalah sangat licik dan berkesan dengan jayanya. Mereka berempat mengubah haluan masing-masing dan berpecah.

Lisa merupakan rakan sekelas Johan sejak semester pertama di universiti yang juga cemburu akan persahabatan erat empat rakan itu. Sejak semester satu, dia cuba menjatuhkan mereka. Dan kali ini, ia berjaya. Tetapi tidak lama haluan mereka berempat bertemu semula, oleh kerana Allah Yang Maha Kuasa. Inilah saat apabila mereka semua tahu, bahawa persahabatan mereka adalah hak milik Allah SWT.

Tetapi, mereka berempat tidak sedar akan sesuatu...

Satu hari, Art hilang...dicari mereka tetapi tidak dijumpai. Dihubungi tempat penginapannya, tiada jawapan. Art meninggalkan universiti apabila mereka menyelidik di Pusat Hal Ehwal Pelajar. Mereka bertiga mencari rumah dan keluarganya. Malangnya apabila tiba di kampung halamannya...berita sedih mengerumuni diri mereka....Art, sudah pergi mengadap Ilahi. Art meninggalkan surat kepada mereka bertiga untuk ucapan terakhirnya...

"Assalamualaikum rakan-rakan baikku, Johan, Anisa dan Serina...aku mohon maaf atas pemergianku. Amat berat untuk aku berikan kepada korang berita sedih ini. Sebenarnya, aku dihidapi tumor di kepala sejak zaman persekolahan. Dan aku tahu, pada bila-bila masa aku akan pergi mengadap Ilahi. Terima kasih, kerana selama ini...yang menguatkan semangat untuk aku hidup adalah kamu semua. Tanpa korang, tak mungkin aku dapat hidup sampai sekarang.
Aku mulai berputus asa untuk berkawan apabila mendapat tahu berita ini, jika aku memberitahu kamu semua akan penyakit ini...aku tidak mahu dilayan dengan cara kasihan. Aku mahu sentiasa bergembira bersama kamu semua. Aku mohon maaf, kerana aku tidak sempat meluangkan masa lama lagi bersama korang. Aku tahu pemergianku tidak adil, tetapi ingatlah persahabatan kita akan kekal selamanya.
Sungguh aku tak sangka, selama ini aku tidak pernah menyambut hari lahir bersama rakan. Kamu semua telah menunaikan hajatku yang terakhir, iaitu tahu bahawa diriku ini masih disayangi oleh orang lain selain daripada keluargaku sendiri. Kini aku tahu, sifatku bukanlah hanya sia-sia...sifatku yang peramah bukanlah penyebab kebencian seseorang terhadapku. Kini aku tahu, sehina-hina aku...diriku masih mampu mempunyai rakan seperti kamu semua...ingatlah pesanku yang terakhir ini...kekalkan persahabatan kita sehingga ke akhir hayat...amin. Wassalam." 

Kandungan surat tersebut mengalirkan air mata ketiga-tiga rakannya itu on the spot! Saat itulah mereka sedar, persahabatan mereka merupakan sesuatu yang tidak ternilai. Di mana tiada apa lebih berharga daripada persahabatan mereka berempat...

SEKIAN.

P/S: maaf karang cerita ni masa aku tengah emosi sket. So bacalah...isi hati aku banyak tersirat dalam cerita ni.