Wednesday, June 19, 2013

Update 19 Jun 2013

Assalamualaikum...
Sekian lama sudah aku tak kemaskini blog aku. Mohon faham bahawa aku fokuskan kepada kepentingan diri aku sebelum fikirkan pasal bende lain ni. Hehehe, belajar tu penting. Bukan hanya sekadar mencari ilmu, tetapi belajar itu tempat kita mencari diri kita dan tempat kita mempelajari erti hidup yang sebenar.

Walaupun aku dah 2 tahun berada kat sini, aku masih lagi belum mampu mengatasi masalah diri aku, PEMALU. Aku belum mampu memberanikan diri aku untuk menjadi ramah seperti rakan-rakanku yang lain. Sorang dari rakan aku setiap kali naik bas akan menegur penumpang yang duduk di sebelahnya, cemburu juga sebab dia mampu mencari topik untuk dibualkan.


Punca segala sifat malu aku ni datang sejak sekolah rendah, waktu diri aku SKEMA teramat sangat di mana tak ramai mahu menjadi rakanku. Permulaan aku semasa diploma, aku berubah sedikir demi sedikit hanya bertujuan dikenali dan mendapat rakan. Aku punyai rakan-rakan, kawan baik dan manusia lain yang baru ku kenali. Aku syukur kepada Allah diberi peluang merasai kasih sayang seorang kawan.

Masuk ke UUM, aku cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mencari rakan baru, agak susah. Aku hanya mampu duduk di dalam kelas dan senyum kepada rakan sekelas yang melihat ke arahku. Punyai rakan sekelas tak semestinya akan sekepala. Saat aku berada di UUM, sekian banyak aku pelajari dan fahami tentang KAWAN.

KAWAN...
Di mana apabila kita berniat ikhlas untuk mewujudkan silaturrahim kerana Allah SWT, pada saat itulah kita dapat merasa betapa indahnya mempunyai kawan walaupun seorang. Aku bersyukur sentiasa kepada Allah Yang Maha Kuasa di mana aku masih diberi kesempatan merasa apa itu persahatan yang tiada ternilai dibandingankan dengan wang yang banyak.

Aku menangis, ketawa, sakit dan senang bersama mereka. Walau apa jua keadaan, mereka tetap bersamaku tak kira susah atau senang. Setakat sekarang segala konflik yang aku hadapi bersama mereka mampu diselesaikan, kerana tak kira apa sebab pergaduhan yang berlaku...masih ada Allah yang menjaga pertalian aku dan mereka semua.

PERPISAHAN...
Tangisan ikhlas dari diriku apabila mereka mula menaiki bas menuju ke kampung/rumah halaman mereka masing-masing membuatku terpaku di saat kerinduan aku bergelak ketawa dan berkumpul bersama mereka adalah satu tangisan yang amat mahal untuk ku titiskan. Bukan sekadar persahabatan, tetapi jarak menjadi ujian bagi aku untuk teruskan mengingati dan sentiasa berhubung tak kira sejauh mana mereka berada.

Ku panjatkan rasa syukur kepada Ilahi atas segala yang diberikanNya kepadaku, aku merasa kasih daripada seorang kekasih, tanggungjawab daripada rakan-rakan dan penghargaan yang ku dapat berikan kepada keluargaku. Aku di sini, Ahmad Razmi a.k.a. Jet Leonhart mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan hidupku makna yang mendalam dan memahat memori indah di dalam hatiku.

Sekian nukilan ikhlas dariku,

No comments:

Post a Comment