Sunday, January 20, 2013

UUM, diam-diam panas (copy paste)

Post blog kali ini saya "copy paste" dari blog Muhammad Mohamad Idris
Reaksi sulung Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,
Dato' Saifuddin Abdullah di Facebook

Percaya atau tidak, UUM dikenali sebagai universiti ‘sepi dan pendiam di tengah hutan’, terpinggir dari kota. UUM terletak di bumi Sintok, 40km dari utara Alor Star, 10km dari timur pekan kecil Changlun. Keluasan universiti ini cukup besar, 1061 hektar. Sediam-diam UUM, rupa-rupanya dihuni oleh lebih 24,000 manusia, melingkungi mahasiswa dan kakitangan universiti. Akhbar Indonesia, Publik, pernah menulis UUM sebagai “universitas megah di tengah hutan.”

Siapa sangka, diam-diam UUM ibarat diam-diam ubi, UUM, diam-diam ‘panas’?

Dua hari lepas, timbul isu “listen 2013” (istilah saya) berkenaan ‘satu kejadian’ dalam Forum “Seiringkah mahasiswa dengan politik?” pada 8 Disember lalu. Tindakan Dr. Sharifah Zohra Jabeen, wakil NGO yang dikatakan tidak memberi kebenaran kepada pelajar bernama Bawani KS untuk menghabiskan pertikaiannya menjadi isu besar. Reaksi Dr. Sharifah atau ‘panggilan manjanya’, Kak Pah, terhadap pertikaian sekerat jalan itu turut menjadi pertikaian besar di mata banyak mahasiswa.

Nampaknya, baru selesai sahaja isu tarian Gangnam sewaktu minggu orientasi reda, timbul pula isu baru.

Luahan ahli jawatan kuasa program,
saudara Syahmi Zakaria yang perlu dinilai
Oleh sebab isu ini diapi-apikan di Facebook dan disebarkan secara meluas, maka “orang-orang yang tidak berkenaan dengan UUM” pun masuk campur, tumpang sekaki. Hatta, ‘ayat-ayat wayang pun bergema’, masing-masing mahu tunjuk jaguh. Ada pula, bukan nak tolong selesaikan masalah, tetapi memburukkan nama universiti yang terkenal dengan “Universiti Pengurusan Terkemuka.”

Hanya dengan video 24.18 minit...
Tergamak pula ada orang mengatakan UUM tidak berkualiti, UUM tiada pensyarah berkaliber, dan mahasiswa bodoh, seolah-olah tiada satu pun yang cerdik (walaupun UUM ada pelajar-pelajar yang CGPAnya 3.80-4.00), hanya dengan satu video yang panjangnya 24.18 minit itu. 

Agaknya ramai yang lupa, UUM yang tertubuh pada 16 Februari 1984 ini, telah menggapai banyak anugerah yang membanggakan. UUM telah diberi pengiktirafan cemerlang (5 bintang) menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi pada tahun 2011 atau Setara ’11 (mStar, 2012).

Sementelahan itu, UUM telah dinobat antara yang terbaik dalam penilaian Top Business School (TBS) di Malaysia. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada beberapa kriteria utama antaranya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta perkhidmatan yang diberikan oleh OYA-GSB dalam tempoh tiga tahun yang lalu (Blog MPP, 2012).

Ramai juga cemburu agaknya dengan kejayaan UUM meraih tempat kedua dalam kalangan 20 institusi pengajian tinggi terbaik dunia daripada segi penggunaan paling tinggi pangkalan data maklumat Emerald bagi 2010. Untuk makluman, lebih 45,000 organisasi termasuk universiti terkemuka, sekolah perniagaan, jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat terkenal dari seluruh dunia melanggan pangkalan data maklumat ini (Utusan, 2011).

Masih ingatkah lagi, kertas kerja bertajuk The Significance of Thaipusam in Motivating Domestic Travel Amongst the Malaysian Indian Community yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azilah Kassim menerima anugerah kertas kerja terbaik pada Persidangan Antarabangsa Pelancongan 2008 di Universiti Akdeniz, Alanya, Turki? (Utusan, 2008). 

Inisiatif ini mungkin wajar dicontohi bagi mendengar sendiri
perkara yang berlaku.
Bagi pengkhianat universiti, kaki sabotaj UUM, pastinya tersenyum lebar apabila isu ini mendapat perhatian meluas. Mana tidaknya, orang-orang luar yang tidak jelas akan isu ini, memaki hamun UUM dengan kata-kata nista, tanpa penilaian yang teliti. Hinggakan, ada yang berkata, “Aku tidak pernah jumpa universiti yang sejijik ini!” Kesian mereka di mata saya. Sedih, simpati, dan istighfar.

Oleh sebab saya diasak untuk memberi komentar, berikut adalah beberapa jawapan terhadap soalan yang diajukan:

“Apa perkara yang perlu diberi perhatian terhadap isu ini?”
  1. Cara atau manhaj atau pendekatan perlaksanaan program itu sendiri. Saya dimaklumkan perlaksanaan majlis ini ‘bermasalah’. Tajuk forum ini, “Seiringkah mahasiswa dengan politik?” tidak dikupas dengan baik dan kurang jelas. Lebih penting, prinsip keneutralan dalam penyampaian forum ketika berwacana didakwa tidak dituruti. Kegagalan menjaga sensitiviti politik turut mengakibatkan ‘kegoyahan’ dan ‘kesumbangan’ program terbabit.
  2. Sahabat saya yang mengikuti forum tersebut turut mengadu, panelis tidak menjaga sensitiviti politik. Selain itu, beberapa persoalan yang dikemukakan oleh peserta (selain Bawani), didakwa tampak mengecewakan atau “jawapan ala kadar”. Hatta, permasalahan inilah yang perlu diambil pengajaran kelak.
  3. Reaksi Dr. Kak Pah terhadap persoalan dan pandangan saudari Bawani tampak ‘jelek’. Saya senada dengan Dato’ Saifuddin, “Saya tidak akan menjawabnya dengan cara jawapan dalam video itu. Saya takkan sebut ayat yang membawa maksud buat apa duduk di Malaysia & buat apa belajar di UUM.
  4. Cara saudari Bawani memberi persoalan itu perlu ditegur. Tidak perlulah ‘berkasar’ dan panjang lebar agaknya. Sebagai ‘pejuang’, berbudi bahasa dan bijak ‘memberi soalan sinis’ kepada panelis perlu dimiliki.


“Apa yang awak harapkan?
Saya berharap agak pihak atasan UUM segera menyelesaikan masalah ini dengan bijak dan berhemah. Gunalah pendekatan perbincangan. Andailah ada yang berkasar, ‘berlembutlah berhadapan dengannya’. Lihat cara Muhammad SAW berhadapan dengan orang yang sedang berkasar dengannya. UUM ramai yang mahir kaunseling, sekurang-kurang, gunakanlah mereka yang arif dengan psikologi mahasiwa.

Saya menasihati agar pihak MPP membaiki sedikit cara memberi penerangan. Jawapan atau ulasan yang diberikan melalui laman blog rasmi MPP UUM tampak tersirat. Saya pun tidak jelas sangat. Andai ramai dalam kalangan mereka yang belum mahir berkomunikasi, bolehlah menyertai kursus pengucapan umum atau penulisan media. Di UUM ada Kelab Pengucapan Umum. Bolehlah meminta bantuan mereka untuk merangka kursus. Sekurang-kurangnya, kemahiran ini penting agar dapat meningkatkan daya ‘bagi jawapan’ mereka dengan baik. MPP kini bagus, cuma perlu ditambah baik lagi.

Poster program
Kepada Yang Berbahagia Dr. Kak Pah, segeralah memberi ulasan. Sewajarnya kita memberi peluang kepada Dr. Kak Pah untuk memberi ulasan juga. Kak Pah juga dialu-alukan memohon maaf kepada saudari Bawani kerana ‘keterlanjuran’ kata yang dilafazkan. Tidak lupa juga kepada saudari Bawani, ada baiknya cuba untuk bersikap lebih lembut, tetapi liciklah memberi soalan. Kadangkala, adakalanya kita tidak boleh memberi pandangan terlalu panjang lebar, cuba ringkaskan, padat, tetapi kritis.

Kepada mahasiswa universiti lain, jangan merendahkan pemikiran, martabat, dan sikap anda. Menyerang universiti saya khususnya rakan-rakan universiti secara membabi buta tidak mencerminkan kredibiliti anda sebagai mahasiswa. Semakin kuat anda  mencaci maki, sebenarnya semakin mendangkalkan diri anda, juga mencerminkan 'pemikiran universiti' anda sendiri.

Jangan gah sangat mengata universiti orang. Macamlah universiti selain daripada UUM itu semuanya ‘suci’. Saya dengar, ada kes sebuah universiti berlakunya kes... opss..

“UUM gagal ke, hasilkan mahasiswa bagus untuk pasaran kerja?”
Saya teringat akan data yang pernah dikemukakan oleh Prof. Madya. Dato’ Dr. Ahmad Faiz Abdul Hamid, mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UUM. Kata Dato’ Ahmad Faiz, “Kira-kira 85% mahasiswa keluaran UUM diterima di pasaran kerja. Ini menjadikan UUM sebagai antara enam universiti tertinggi yang diterima di pasaran kerja.” Di mata saya, agaknya, fakta ini enggan diakui ramai, lantas ada yang dengki dengan UUM.

Kepada mahasiswa dan mahasiswi UUM, biarlah apa mereka nak caci makikan kepada kita. Sekurang-kurang, mereka yang bertindak sedemikian mendapat dosa. “Menang kutuk, pahala tergadai, dosa bertambah.”

Hishamuddin Hassan ada berkata, “Kalau yang mengkritik itu juga adalah mahasiswa atau bekas mahasiswa. Aku percaya kualiti yang dikeluarkan universiti mereka lebih rendah berbanding kita.

Kesimpulan
Meminjam kata-kata Johan Jaaffar di dalam bukunya, Nota Kaki, “Sesekali elok juga kita dikejutkan”. "Kejutan" kes ini sememangnya "membangunkan" kita justeru saya seru seluruh warga UUM mengambil iktibar daripada kes ini. Kaji secara mendalam.

Ini sahaja komentar saya selaku "orang UUM", lagipun, saya tidak terlibat secara langsung dalam forum ini, baik ajk mahupun ahli forum. Maka, jawapan saya bukanlah 100% tepat.

Secara tersirat, teringat kata-kata pensyarah saya, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (2012), “ribut di dalam cawan jangan dibawa keluar” yang memetik satu pepatah Inggeris, "Storm in a Tea Cup". Ribut itu biasa, namun janganlah sampai tertumpah keluar, nanti semut-semut liar yang akan mendapat untung percuma. Ribut yang tidak dikawal dengan baik bukan sekadar boleh menyebabkan cawan menjadi retak malah jika kita melagakan ribut ini, ia boleh mewujudkan taufan yang boleh meranapkan.

UUM adalah universiti yang baik. Biasalah,
tiada universiti yang sempurna. Bukankah
manusia juga bukan sempurna?
Apa-apa ‘kecaman’ yang dilakukan terhadap UUM, hendaklah dikawal dengan bijak dan kreatis.

Janganlah terlalu memaki hamun MPP. Saya yakin ramai telah menambah saham dosa mereka terhadap makian dan carutan melampau terhadap Ku Amirul, termasuklah dari mereka yang kononnya da’ie alam maya. Apapun, saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk MPP.

Bukan senang nak jadi orang MPP. Mereka bukan duduk goyang kaki.

Saya tertanya-tanya, mengapa forum yang berlaku pada 8 Disember lalu itu, baru kini dibangkitkan?

Namun jangan lupa, kadangkala universiti juga tidak pandai menjaga hati pelajarnya.

Janganlah menilai UUM hanya dengan sekerat video itu. Tegurlah saya andai kenyataan ini ada khilafnya.

Ayuh, mari bersama-sama menjadikan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka! “Ilmu, budi, bakti”


Muhammad Mohamad Idris,
Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.

16 Januari 2013 / 4 Rabiul Awal 1434

Friday, January 18, 2013

Penjelasan bagi isu "LISTEN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan sekalian.
Tajuk topik kita hari ini, ya! First time aku terbabit dalam isu nak memberikan penjelasan pasal UUM. Walaupun UUM diistilahkan 'dalam hutan', tetapi aku sayangkan UUM sebab kita diberi pendidikan yang lebih baik dari negara-negara lain.

Pasal isu "LISTEN", siapa yang belum pernah tengok...nah sedikit 'drama' untuk korang lihat :)



Ini adalah komen dan ulasan salah seorng peserta yang menyertai program tersebut...
"BACA DAN NILAI"

READ ALL PARAGRAPH CAREFULLY!


sumber :: page Suara Wanita 1 Malaysia
cc :: khadijah soraya (UUM student)

Assalamualaikum. Minta tolong share seluas mungkin. Ini dari sahabat saya, mengenai fenomena #Listen. Enjoy reading.

Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya. Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi;

[SEBELUM PROGRAM]
[1] TAJUK
Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir panjang.

[2] MODERATOR
Moderator pada hari kejadian dikatakan saudara yang saya hormati YDP MPPUUM sendiri iaitu Saudara Ku Amirul, dia adalah pimpinan tertinggi di dalam kampus ini, wajar bagi saya menaruh harapan besar untuk mendengar penjelasan beliau tentang "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK?".

[3] MISTERI PANELIS
Panelis jemputan pada hari kejadian di"rahsia"kan, saya ini jiwa ingin tahu, jiwa mencari ilmu, jiwa mencari solusi, apabila panelis di"rahsia"kan, hati saya membuak-buak mencari siapakah mereka? Sememang hati saya berteka-teki mungkinkah tokoh-tokoh ilmuan negara? ataupun ahli akademik yang berautoriti tinggi akan mengupas tajuk ini.

Tiga point di atas menjadikan saya mungkin antara peserta terawal mendaftar, nampak seperti gelojoh, tapi gelojoh saya gelojoh gilakan "ilmu".

Adakah persoalan saya "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK" selama ini akan dijawab pada hari kejadian dengan berlandaskan prinsip-prinsip ilmu dan keterbukaan agama?

[SEWAKTU PROGRAM]

~SEJAM AWAL PROGRAM~
Saya berada di sana 9.15 pagi lebih kurang, sewaktu penulis sampai, makan pagi disediakan, makanan disediakan untuk 2000 peserta, "tingginya peruntukan program ni". Saya masuk dewan, dan saya lihat background pentas tertulis satu tajuk yang berlainan dengan apa yang saya ketahui sebelum ini,adakah tajuk diubah? menunggu dan menunggu lebih kurang pukul 10 pagi barulah persoalan penulis terjawab dengan ketibaan vip jemputan dan panelis diumumkan.

Antara 4 panelis :
1.Presiden Pertubuhan Wanita 1malaysia
2. Peter Yap (sales man)
3. Gulam Muzafar (banker)
4.

~ 2 JAM AWAL PROGRAM~

Saya sedikit kecewa dengan senarai panelis yang ada namun kerana jiwa ini dahagakan penjelasan mengenai isu ini, terus berada di dalam dewan terbabit moga-moga, mereka dapat mengulas tajuk ini dengan baik. Malang kerana apa yang saya hajati tak tercapai dan lebih malang lagi forum telah berubah kepada isu kepimpinan wanita, dan ini senarai isu yang dimainkan

[1] Ambiga pencetus demokrasi.

[2] Kes Nurul Izzah dengan kebebasan beragama.

[3] Bersih.

[4]Mahasiswa berdemonstrasi PTPTN.

Dari 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari, isu ini lah yang diulas, langsung tiada hujah ilmiah dan hanya membawa pandangan sebelah pihak, berulangkali panelis-panelis di atas sana menyatakan bahawa mereka tidak berpolitik kepartian tetapi ingin menunjukkan pimpinan wanita yang bermasalah di negara dan ingin dijadikan iktibar, saya akur! Tapi kenapa pimpinan pembangkang sahaja yang diserang? maksumkah pimpinan wanita kerajaan? mana kes menteri Shahrizat Jalil dengan NFC? kes "First Lady" Rosmah Mansur dengan cincinnya? satu sahaja ingin saya utarakan, adakah adil kamu menyerang sebelah pihak hanya kerana "mereka" berhaluan kiri?

~SEJAM SEBELUM TAMAT PROGRAM~

Saya melihat di sebelah, seorang peserta sedang menulis di satu helaian borang, bila saya perhatikan, ada yang tidak kena dengan helaian borang ini, yang menganjurkan adalah NGO tetapi kenapa di bawah helaian kertas ini berisikan biodata diri dan tempat mengundi dun dan parlimen.

Bila saya tanya kepada peserta terbabit dari mana datangnya, rupanya borang itu diedarkan awal program lagi, patutlah saya tak dapat kerana agak lewat, saya ambil gambar borang (boleh rujuk gambar yang ada dibawah) untuk mencari jawapan kenapa borang ini agak ganjil pada pandangan saya, kemudian sesi soal jawab dibuka, saya sudah bersedia ingin bertanya, malang terus berpanjangan apabila dua soalan sahaja dibuka, tidak sempat saya sampai di mikrofon untuk bertanya soalan di tengah-tengah dewan itu sesi soalan telah ditutup, saya mula rasa "semacam" , saya tahu bukan saya sahaja yang ingin bertanya tetapi tidak berkesampaian, selepas jawapan diberikan oleh Puan Sharifah, tiba-tiba beliau meminta kami berdiri, dan kemudian YDP MPP menjadi ketua membaca ikrar, saya tidak mengikutnya kerana saya langsung tidak jelas apa yang ingin diikrarkan sebenarnya. (mungkin tidak teratur seperti yang sebenar tetapi secara asas beginilah)

~MISS BAWANI MENGHANGATKAN SUASANA~

Selesai sahaja ikrar, sejurus sahaja semua dipersilakan duduk, sedang asyik Puan Sharifah bercakap di hadapan, satu suara minta untuk diberi perhatian kerana ingin melontar pendapat. Ya itu adalah Bawani. Perisitwa inilah yang menjadi bualan sekarang, dan mengegar satu Malaysia, saya mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dalam kejadian ini.

[1] Menyokong TINDAKAN Bawani.
Saya bersetuju dengan apa yang DIPERSOALKAN oleh Bawani, sahabat-sahabat yang tidak berada di majlis berkenaan perlu tahu kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk mendapat ilmu pengetahuan, tetapi hanya provokasi murahan dengan melabel dan mengecam "mereka" yang berhaluan kiri. Tajuk forum telah lama terbabas. Dan pihak penganjur mempersoalkan kenapa tidak bertanya sewaktu sesi soal jawab dibuka, saya rasa penganjur perlu sedar bahawasa penganjur hanya membuka 2 soalan untuk kami bertanya sedangkan TAJUK forum belum lagi terungkai! Hujah Miss Bawani cukup padu dengan fakta numberic dan perbandingan dengan negara-negara luar, syabas untuk Miss Bawani.

[2] Tidak Menyokong NADA SUARA Bawani
Saya yang berada di majlis berkenaan, kurang bersetuju dengan dengan nada suara yang digunakan oleh Miss Bawani, nada suara yang digunakan agak terbabas dari kawalan emosi, mungkin sahabat pembaca tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi inilah pandangan saya yang berada disana, dengan nada suara yang agak tinggi, membuatkan peserta kurang jelas apa yang diperkatakan oleh Bawani sendiri, dan jika kamu berada di tempat kejadian, kamu akan berdebar, dan kelihatan seolah satu pergaduhan "tarik rambut" akan berlaku.

[3] Sepenuhnya Tidak Bersetuju Dengan Puan Sharifah
Puan Sharifah dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi dan dikhabarkan cukup profesional, tetapi respon terhadap kejadian ini cukup mendukacitakan, Puan Sharifah lebih berpengalaman, Puan Sharifah lebih intelektual, Puan Sharifah lebih matang sepatutnya dalam mengawal suasana seperti ini. Dengan hujah Bawani yang matang, malangnya Puan Sharifah telah mengambil satu keputusan cukup memalukan, dengan beranalogi suatu yang tidak patut, menghina, merendahkan suara mahasiswi. Sememang wajar jika Puan Sharifah MEMOHON MAAF kepada Miss Bawani pada pandangan saya

Selesai selesai sesi "PANAS" ini, forum berlansung dengan penuh meriahnya bersama "GALAXY NOTE CLONE".

[SELEPAS PROGRAM]
Selesai forum, 2000 peserta sekali lagi diberi makanan tengah hari percuma, ramai yang berbicara kejadian panas ini, tetapi hanya berlegar di kalangan pelajar UUM, ada yang menyokong dan ada yang mengkeji tindakan Bawani. Tetapi sebulan selepas program ini berlangsung barulah isu ini tersebar dan menjadi bualan seluruh malaysia.

PANDANGAN PERIBADI PENULIS

SAYA MENYOKONG BAWANI SEPENUHNYA CUMA MUNGKIN PERLU DIBAIKI BEBERAPA PERKARA, DAN KEPADA PEMBACA NILAILAH SENDIRI. CUMA YANG MASIH MENJADI PERSOALAN SAYA, PERUNTUKAN YANG CUKUP TINGGI DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM SEPERTI INI (2 KALI MAKAN UNTUK 2000 PESERTA, 10 GALAXY NOTE CLONE TIDAK TERMASUK SAGUHATI) DARI MANA DATANGNYA UNTUK PROGRAM YANG SEBEGINI RENDAH KUALITINYA???

Itulah penjelasan dri peserta program masa tersebut. So, kesimpulan dari aku...BACA DAN NILAI sebelum mengecop pihak yang bersalah. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan, tetapi kesilapan diri sendiri dapat diatasi kalau mampu mengaku dan belajar dari kesalahan tersebut.

BTW, nah video parody bagi LISTEN itu ye!

Thursday, January 10, 2013

Lima Cara Memilih Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah s.a.w.) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

P/S : Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.