Sunday, December 29, 2013

Video blog Aktif!

Lama dah nak buat video blog, cuma tak ada masa nak buat. Yelah, aku bukannya hot mcm Anwar Hadi and whatnot. Aku biasa sajo, better daripada di judge orang tak tentu pasal. Bhaha.

Alright, without further ado here's my first video...well for this year kot. Haha! Enjoy, maaf suara serak baru lepas sihat demam n mata tak pakai contact lenses. Sekian :)


Saturday, December 28, 2013

Musim Exam

Pejam celik, pejam celik rupanya aku dah semester lima dah sekarang. Macam-macam aku lalui, pahit getir terlalu banyak nak berceloteh. Tapi pegangan satu je, yang buruk dijadikan pedoman dan yang baik dijadikan panduan.

Selama aku kat Universiti Utara Malaysia ni, banyak dah aku lalui. Rakan-rakan, keluarga yang mampu memberi aku semangat untuk teruskan perjuangan hingga ke hari ni.

Aku tak pernah berazam untuk mencari kesusahan, sebaliknya kesenangan di masa hadapan. Dan aku juga mahukan kebahagiaan untuk insan-insan yang berada di sekeliling aku. Doaku sentiasa berada bersama Allah SWT, sebab aku tahu doa itu adalah pembakar semangat jiwaku.

Aku berazam, untuk melihat kejayaan insan-insan disekelilingku. Untuk melihat tangisan dan senyuman kebahagiaan mereka, melihat betapa bersyukurnya ibu bapaku apabila aku menggenggam segulung ijazah di tanganku.

Aku berdoa kepadaMu Ya Allah, untuk sentiasa memberiku semangat dan ingat kepadaMu walau apa jua keadaan sekalipun yang aku hadapi. Aku yakin, dengan usaha aku mampu melonjak jauh kepada kejayaan di masa hadapan.

Aku berdoa kepadaMu, untuk sentiasa memberkati insan di sekelilingku, memberikan mereka semangat, melembutkan hati mereka untuk menerima segala ujianMu, memastikan mereka berada di sekelilingku...bahagia dan berjaya.

Amin Ya Rabbal Al Amin.

Sincerely,


Thursday, November 21, 2013

[CERPEN] Kamu Sentiasa di Hatiku

Art merupakan seorang manusia happy-go-lucky yang sentiasa berfikiran positif dan easy-going di mana jua dia berada. Tidak kira dengan keadaan sekeliling, dia mampu membuat sesiapa pun tersenyum apabila bergaul dengannya. Senyumannya merupakan senyuman yang paling menawan di kalangan rakan-rakannya. Sifatnya ini lahir sejak dia berada di bangku sekolah lagi.

Akan sifat yang terdapat di dalam dirinya, tiada sesiapa yang tahu bahawa dia menyimpan sesuatu yang hitam di dalam dirinya. Sesuatu yang membunuh dirinya, yang ditutup olehnya daripada rakan-rakan di sekelilingnya. Kisah ini menceritakan tentang hidup Art di kalangan rakan-rakan rapatnya dan kesan yang ditinggalkan olehnya kepada mereka semua.

Selepas Art menamatkan pelajarannya di peringkat STPM, dia melanjutkan pelajarannya ke universiti. Di sana, dia bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Tetapi ini tidak menggoyahkan hatinya, kerana ia menjadi satu cabaran untuk bergaul dengan pelbagai jenis manusia di situ. Art yang mahir di dalam bidang perhubungan awam mampu menarik sesiapa pun menjadi senang akan dirinya. Sifat itulah yang menemukan Art dengan rakan-rakan yang mulai dikenali sebagai BFF (Best Friend Forever). Pertemuannya dengan BFF merupakan sesuatu yang amat kelakar apabila mereka bertemu secara tidak sengaja di panggung wayang berebutkan tiket untuk menyaksikan filem terkenal pada masa tersebut. Perebutan antara 4 orang sekawan itu agak menyayat hati, semata-mata berebutkan satu keping tiket wayang yang memberi kesudahan ditarik sehingga terkoyak. Akibat itu mereka ketawa dan mula berkenalan dan bergelak ketawa bersama-sama.

Tidak disangka juga mereka sekampus tetapi bukan satu bidang yang sama. Anisa, seorang perempuan yang bersifat insecure (tidak yakin pada diri sendiri), Johan seorang lelaki yang macho dan mempunyai ego yang tinggi dan juga Serina, perempuan yang mempunyai sifat lemah lembut tetapi kasar apabila merebutkan sesuatu. Empat orang sahabat ini sentiasa bertemu walaupun tidak mempunyai kelas bersama, sesibuk mana mereka sedetik waktu terluang mereka masih luangkan untuk bertemu dan berkongsi kisah mereka. Inilah yang dikatakan takdir ketentuan Ilahi akan persahatan hakiki.

Semasa Art bergaul dengan mereka, dia pertama kalinya menceritakan kisah-kisah pahitnya kepada mereka. Bagaimana hidupnya dimusnahkan oleh rakan sekolahnya, bagaimana hari lahirnya hanya disambut dengan sebiji kek cawan (muffin) dan bagaimana dia menguatkan diri bagi menghadapi hari-hari yang mendatang di hadapannya. Di saat itulah mereka semua mula berkongsi cerita di antara pertemuan yang dilakukan. Segala sifat dan sejarah hidup di antara empat orang itu dikongsi dan dirahsiakan di antara mereka.

Pada suatu hari, hari lahir Art dekat dengannya. Anisa, Johan dan Serina mempunyai rancangan untuk menyambut hari lahir Art secara mengejut. Pelbagai helah direka oleh mereka bertiga untuk menemukan Art di kawasan sambutan hari lahirnya. Setelah terkena dengan helah mereka, Art sampai ke kawasan sambutan dan alangkah terkejutnya dia apabila tiga rakannya itu mengejutkannya dengan jeritan "SURPRISE!!!" di situ. Air matanya mengalir tanda gembira, "tidak pernah aku disambut sebegini, terima kasih...kawan-kawanku". Mereka makan dan bergelak tawa pada hari tersebut.

Keesokan harinya, hidup mereka berempat tampak lebih ceria kerana persahabatan agung itu menjadi kekuatan untuk mereka meneruskan hari mereka. Bertahun mereka berkawan dan tiada siapa menggoyahkan persahabatan tersebut. Sehingga lah suatu hari dimana Johan mula memperkenalkan teman wanitanya, Lisa kepada mereka dan inilah permulaan sebuah tragedi yang amat sedih berlaku. Tanpa disangka teman wanita johan hanyalah lakonan bagi menjatuhkan persahatan mereka berempat. Rancangan Lisa adalah sangat licik dan berkesan dengan jayanya. Mereka berempat mengubah haluan masing-masing dan berpecah.

Lisa merupakan rakan sekelas Johan sejak semester pertama di universiti yang juga cemburu akan persahabatan erat empat rakan itu. Sejak semester satu, dia cuba menjatuhkan mereka. Dan kali ini, ia berjaya. Tetapi tidak lama haluan mereka berempat bertemu semula, oleh kerana Allah Yang Maha Kuasa. Inilah saat apabila mereka semua tahu, bahawa persahabatan mereka adalah hak milik Allah SWT.

Tetapi, mereka berempat tidak sedar akan sesuatu...

Satu hari, Art hilang...dicari mereka tetapi tidak dijumpai. Dihubungi tempat penginapannya, tiada jawapan. Art meninggalkan universiti apabila mereka menyelidik di Pusat Hal Ehwal Pelajar. Mereka bertiga mencari rumah dan keluarganya. Malangnya apabila tiba di kampung halamannya...berita sedih mengerumuni diri mereka....Art, sudah pergi mengadap Ilahi. Art meninggalkan surat kepada mereka bertiga untuk ucapan terakhirnya...

"Assalamualaikum rakan-rakan baikku, Johan, Anisa dan Serina...aku mohon maaf atas pemergianku. Amat berat untuk aku berikan kepada korang berita sedih ini. Sebenarnya, aku dihidapi tumor di kepala sejak zaman persekolahan. Dan aku tahu, pada bila-bila masa aku akan pergi mengadap Ilahi. Terima kasih, kerana selama ini...yang menguatkan semangat untuk aku hidup adalah kamu semua. Tanpa korang, tak mungkin aku dapat hidup sampai sekarang.
Aku mulai berputus asa untuk berkawan apabila mendapat tahu berita ini, jika aku memberitahu kamu semua akan penyakit ini...aku tidak mahu dilayan dengan cara kasihan. Aku mahu sentiasa bergembira bersama kamu semua. Aku mohon maaf, kerana aku tidak sempat meluangkan masa lama lagi bersama korang. Aku tahu pemergianku tidak adil, tetapi ingatlah persahabatan kita akan kekal selamanya.
Sungguh aku tak sangka, selama ini aku tidak pernah menyambut hari lahir bersama rakan. Kamu semua telah menunaikan hajatku yang terakhir, iaitu tahu bahawa diriku ini masih disayangi oleh orang lain selain daripada keluargaku sendiri. Kini aku tahu, sifatku bukanlah hanya sia-sia...sifatku yang peramah bukanlah penyebab kebencian seseorang terhadapku. Kini aku tahu, sehina-hina aku...diriku masih mampu mempunyai rakan seperti kamu semua...ingatlah pesanku yang terakhir ini...kekalkan persahabatan kita sehingga ke akhir hayat...amin. Wassalam." 

Kandungan surat tersebut mengalirkan air mata ketiga-tiga rakannya itu on the spot! Saat itulah mereka sedar, persahabatan mereka merupakan sesuatu yang tidak ternilai. Di mana tiada apa lebih berharga daripada persahabatan mereka berempat...

SEKIAN.

P/S: maaf karang cerita ni masa aku tengah emosi sket. So bacalah...isi hati aku banyak tersirat dalam cerita ni. 

Tuesday, October 1, 2013

Bagaimana menukar "Setting" Margin Microsoft Word kepada Milimeter.

Assalamualaikum semua,
Maaf lama tak update sebab busy sangat dengan THESIS semester sekarang. Entry kali ni aku nak bagitahu macam mana korang nak tukar MARGIN Microsoft Word korang apabila diberi manual untuk menggunakan measurement unit "MM".

Aku gunakan Microsoft Office 2013, tapi aku rasa sama je setting dengan yang lama.

Mula-mula, tekan "File"-> "Options" dan korang akan nampak window macam ni (tekan gambar untuk tumbesaran hakiki).


Pastu, tekan "Advanced", cari "Display" dan tukar measurement unit kepada "Milimeters".


Tekan "OK", pastu terus ke tab "Page Layout" -> "Margins" -> "Custom Margins"


Akan keluar window macam ni, pastu korang boleh la tukar "Margin" mengikut format yang diberi pensyarah!


SELAMAT BER'TESIS'!!!!!!

Wednesday, August 28, 2013

Life Hacks

 

For more Life Hacks, visit their homepage HERE! Really useful!

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan yang Mulia

Ku renung ke luar tingkap,
Ku lihat, ku fikir,
Sejauh mana aku lalui,
Sejak ku lahir,
Sehingga kini...ku mampu berdiri,
Berdiri berpuasa tanpa tunjuk ajar.

Ku sentiasa berpaling,
Kenapa ku harus berpuasa,
Itu ku tahu setelah ku dewasa,
Puasa itu perlu,
Supaya kita ingat,
Masih ramai tiada makan atau minum,
Di dunia luar yang kita tidak pernah jejaki.

Ramadhan ini ku lalui,
Bukan bersendirian,
Tetapi dengan keluargaku,
Dengan rakan-rakanku,
Dengan buah hatiku,
Tetapi hanya satu tujuan Ramadhan,
Untuk mendekatkan diri dengan Ilahi.

Adanya Allah,
Dapat ku pinta,
Dapat ku doa,
Dapat ku usaha,
Untuk ku bahagia di dunia akhirat nanti.

Semoga Allah berkati aku,
Semoga segala amalanku,
Diterima olehNya,
Dan diberkati olehNya,
Supaya diriku sentiasa dilindungiNya,
Supaya diri sentiasa....DI BAWAH JAGAANNYA.

Amin.

Hasil Nukilan,


Friday, July 19, 2013

[REVIEW] Once Upon A Time in Wonderland

Post kali ni pasal drama siri terbaru yang akan mula ditayangkan kat ABC Channel US bulan September ni. Yang boleh aku cakap adalah, best!

Drama ini diberitahu, dimulakan di bandar Storybrooke (bagi yang pernah tengok Once Upon A Time). Alice pulang ke London dan semua orang mengganggap dia gila. Dia dimasukkan ke fasiliti orang gila dan disoal siasat.

Diberitahu dia bertemu dengan Genie di dalam botol (assuming botol Aladdin). Dia yang bebaskan genie tu dan mengharungi pelbagai pengembaraan sehinggalah The Red Queen bunuh genie tuh.

Of course, character utama dalam cite ni Alice dan juga The White Rabbit. Kalau tak bape nak faham, aku sarankan korang tgk Once Upon A Time sebelum tgk drama sini ni.

Nak tengok trailer? Nah tgk lah, serius best doe!!



So, best x? Best kan! Tak sabar tunggu premiere!

Tuesday, July 9, 2013

Diskriminasi Kaum (Racism)

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Post kali ni aku nak bincang pasal diskriminasi kaum atau dikenali sebagai "racism". Sebagaimana yang diketahui kita, isu perkauman adalah isu yang sangat sensitif kepada semua.

Manusia adalah serupa, yang berbeza hanyalah hati dan akal fikiran mereka. Bukanlah boleh dibezakan menerusi jenis kulit, bangsa ataupun bahasa. Macam dalam video bawah ni, eksperimen tentang perkauman di Amerika Syarikat diuji terhadap kanak-kanak gred ke-3. Hayati dan fahami maksud perkauman di dalam video ini.



Macam mana? Korang faham apa yang nak disampaikan? Baguslah kalau ada yang faham, jadi dengan apa yang aku nak sampaikan aku harap korang boleh elakkan perkauman di dalam hidup korang. Janganlah terlalu membenci atau membezakan antara kulit.

Itu je lah dari aku, oh lupa lak. Esok nak puasa dah. SELAMAT BERPUASA!! :)

Nukilan ikhlas dari,


Thursday, June 20, 2013

Ulasan DRAMA "Teduhan Kasih"

Assalamualaikum...
Moga sihatlah semua pengikut dan pembaca blog aku ni. Ok, post kali ni ke arah kemelayuan sikit. Info: Aku jarang dan kadang-kadang tak suka sangat dengan drama melayu atau cerita melayu. Pada pendapat aku, kebelakangan ini cite melayu banyak menyerapkan ciri-ciri tak elok di dalam minda remaja, lagi teruk kanak-kanak.

Okay, bukan nak boikot. But certain cerita je xbest dan xsesuai untuk bawah 18 tahun. Hahaha. Aku melalut ni buat apa?! Jom aku ulaskan cite romantik 'Teduhan Kasih'. Tak silap aku diadaptasi dari novel, kawan aku sendiri recommend aku tgk cite ni sebab dia kata best! Baca dulu sinopsis ceritanya...

"Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam .
Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. 
Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya. 
Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.
Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat. Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. 
Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. 
Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. "
Tu sinopsis dia, jalan cerita best aku tgk. Sebab pergolakan terlalu banyak, salute kepada Marissa, pengarang novelnya. Bagi yang belum pernah tgk cerita ni, nah link blog untuk download cerita ni


Sekarang pendapat aku, aku suka pelakon, jalan cerita, plot yang disusun begitu rapi...senang difahami. Tapi terlalu banyak kekurangan di dalam set dan prop. Kenapa aku cakap begitu?? Aku bukan berkata sebab bajet mereka, tetapi pengeditan dan pengarahan mereka agak kurang. Berbanding Nora Elena, drama yang sebelum ni aku tgk memang tiada kekurangan dari segi pengarahan dan prop setting.

Bila tgk Teduhan Kasih, banyak menspoilkan mood aku, baru nak fefeeling (cewahhh) tetibe aku dgr suara bisik2 kru dalam cite tu. Aku igt ade 'bende' kacau aku...tapi ulang2 balik sama je, so mmg agak spoil la kat situ. Aku notice benda-benda ni sume sebab aku tgk pakai EARPHONE, hanya pendengar yang tajam je dpt dengar sangat2 suara bisik dalam cite ni. Aku tabik cite ni sbb best, tapi aku harap pengarahan dan prop setting tu dapat la mereka buat dengan baik lagi.

Setakat sekarang, cerita Nora Elena belum dapat dikalahkan lagi bagi pendapat aku. Hahahha. Sekian tu je la dapat aku ulaskan. Cite belum habis, mari kita layan (walaupun exam final aku belum habes lagi), bhahaha!

P/S: jangan serang aku, aku bagi pendapat je. nak komen, silakan je :)

Hasil nukilan,


Wednesday, June 19, 2013

Update 19 Jun 2013

Assalamualaikum...
Sekian lama sudah aku tak kemaskini blog aku. Mohon faham bahawa aku fokuskan kepada kepentingan diri aku sebelum fikirkan pasal bende lain ni. Hehehe, belajar tu penting. Bukan hanya sekadar mencari ilmu, tetapi belajar itu tempat kita mencari diri kita dan tempat kita mempelajari erti hidup yang sebenar.

Walaupun aku dah 2 tahun berada kat sini, aku masih lagi belum mampu mengatasi masalah diri aku, PEMALU. Aku belum mampu memberanikan diri aku untuk menjadi ramah seperti rakan-rakanku yang lain. Sorang dari rakan aku setiap kali naik bas akan menegur penumpang yang duduk di sebelahnya, cemburu juga sebab dia mampu mencari topik untuk dibualkan.


Punca segala sifat malu aku ni datang sejak sekolah rendah, waktu diri aku SKEMA teramat sangat di mana tak ramai mahu menjadi rakanku. Permulaan aku semasa diploma, aku berubah sedikir demi sedikit hanya bertujuan dikenali dan mendapat rakan. Aku punyai rakan-rakan, kawan baik dan manusia lain yang baru ku kenali. Aku syukur kepada Allah diberi peluang merasai kasih sayang seorang kawan.

Masuk ke UUM, aku cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mencari rakan baru, agak susah. Aku hanya mampu duduk di dalam kelas dan senyum kepada rakan sekelas yang melihat ke arahku. Punyai rakan sekelas tak semestinya akan sekepala. Saat aku berada di UUM, sekian banyak aku pelajari dan fahami tentang KAWAN.

KAWAN...
Di mana apabila kita berniat ikhlas untuk mewujudkan silaturrahim kerana Allah SWT, pada saat itulah kita dapat merasa betapa indahnya mempunyai kawan walaupun seorang. Aku bersyukur sentiasa kepada Allah Yang Maha Kuasa di mana aku masih diberi kesempatan merasa apa itu persahatan yang tiada ternilai dibandingankan dengan wang yang banyak.

Aku menangis, ketawa, sakit dan senang bersama mereka. Walau apa jua keadaan, mereka tetap bersamaku tak kira susah atau senang. Setakat sekarang segala konflik yang aku hadapi bersama mereka mampu diselesaikan, kerana tak kira apa sebab pergaduhan yang berlaku...masih ada Allah yang menjaga pertalian aku dan mereka semua.

PERPISAHAN...
Tangisan ikhlas dari diriku apabila mereka mula menaiki bas menuju ke kampung/rumah halaman mereka masing-masing membuatku terpaku di saat kerinduan aku bergelak ketawa dan berkumpul bersama mereka adalah satu tangisan yang amat mahal untuk ku titiskan. Bukan sekadar persahabatan, tetapi jarak menjadi ujian bagi aku untuk teruskan mengingati dan sentiasa berhubung tak kira sejauh mana mereka berada.

Ku panjatkan rasa syukur kepada Ilahi atas segala yang diberikanNya kepadaku, aku merasa kasih daripada seorang kekasih, tanggungjawab daripada rakan-rakan dan penghargaan yang ku dapat berikan kepada keluargaku. Aku di sini, Ahmad Razmi a.k.a. Jet Leonhart mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan hidupku makna yang mendalam dan memahat memori indah di dalam hatiku.

Sekian nukilan ikhlas dariku,

Saturday, April 13, 2013

Sentap 101

Post kali pasal kes sentap. Hahaha, setiap orang akan sentap, tapi cara kita disentapkan tu kadang-kadang terlalu lawak. Ni aku ceritakan kes sentap antara aku ngan kengkawan aku sepanjang aku jejak kat dunia neyh.


Kes Sentap 1
Apabila kita elok-elok tengah berjalan dengan kawan kita, tetiba ada sorang minah tak dikenali lalu sebelah pandang pelik dan cakap "SOMBONG!". Dalam hati aku ngan kawan aku masing-masing ingat pihak lain kenal dia, padahal tak. So, agak geli hati bila teringat balek. Maybe dia PMS kot nak PMS-kan orang laen :P

Kes Sentap 2
Apabila kita dah terang-terang jelaskan dalam Twitter, Whatsapp, FB dan segala macam halaman sosial yang wujud kat dunia ni bahawa kita dah berpunya. Tapi still ada hamba makhluk Allah yang tak paham bahasa yang kita guna, obses sume ngan kita. Itu sangat annoying dan menyentapkan! Hahaha.

Kes Sentap 3
Apabila tengah-tengah main cipta nama melalui nombor plat kenderaan (eg. KPM = Kau Pergi Mampus) tiba-tiba member sebut nama kita melalui nombor plat tersebut dan sangat sentap bila ayat itu sangat lucah! Bhahahaha!

Kes Sentap 4
Sentap teramat apabila kita rapat dengan seseorang dan anggap dia sebagai kawan, tapi last-last kena tikam macam kena staple bertalu-talu. Sakit tak, sakit tak? Tipu lah kalau ada orang cakap tak pernah kena benda macam ni.

Kes Sentap 5
Bila ada orang guna servis kita, contohnya format laptop. Pastu sengaja carik alasan sebab tak nak bayar. Please people! Orang cari makan jugak, tapi dengan attitude sebegitu memang tak selamat la dunia akhirat. Kan? Hahahha.

Kes Sentap 6
Apabila kita carik barang yang hilang tapi xjumpa. Then suatu hari barang lain yang hilang, bila dicari, barang yang hilang waktu dulu yang kita jumpa. Oh My God! Sangat sentap kadang2! Hahaha.

Kes Sentap 7
Apabila kita cuba nak baikkan hubungan seorang rakan kita. Tapi pihak lagi satu ingat kita nak amek advantage dengan diorang. Ini sangat memberikan kita pengajaran bahawa jangan jadi orang ketiga! Kan?

Kes Sentap 8
Apabila kita salah cakap depan kawan kita, contoh dialog:

Sha      : Yeay! Satgi petang jumpa crack...eh! Crush aku!
Man    : Crack? Ok, pasni kita panggil dia crack jeh!
Sha      : #$%^&*@

Ada je benda nak diolah semula dalam kamus dia, hahahahah. Sentap x? Sesetengah tak lah :)

Kes Sentap 9
Sentap apabila perangai kita atau rahsia kita diceritakan secara meluas di dunia luar sampaikan semua orang pandang pelik kat kita. Kat sini ada contoh yang terbaik la, jadi kat salah seorang rakan aku. As you people know, aku berkawan dengan semua dan aku tak judge diorang. Tak kira bengkok, lurus ape sume diorang tetap kawan aku. Hati manusia tu penting. So cite kawan aku, dia ni bengkok. Kira ramai tahu pasal dia termasuk aku. Aku syukur de kawan cam dia sebab dia banyak tolong aku bila aku susah, kawan2 aku susah pon dia ada nak teman diorang. Tapi ade hamba Allah ni sebarkan pasal dia macam dia ni pelacur murahan. Semua lelaki pandang dia macam dia ni jenis pergi kat semua lelaki.

So guys and girls, jangan salah anggap dengan orang bengkok ni. Diorang sama macam kita, cuma naluri diorang je lain-lain. Take it from me, berkawan bukan ade batasan. Tapi mengikut yang baik dan buruknya kawan itu.

Kes Sentap 10
Sentap apabila orang pinjam barang kita tak tahu nak bagi balek. Macam Giant dalam Doraemon je perangai dia, pinjam tapi tak penah nak bagi balek. Manusia cenggini kene sumbat, sula sebagainya lah baru nak bagi balek barang dia. Bhahahaha.

Setakat sekarang, dah 10 kes sentap aku provide kat korang. Kalau de rasa sumthing perlu ditambah dalam kes sentap seterusnya komen lah kat bawah ni ya. Kalau rase ade kurang komen je, aku terima segala kritikan. Tiada manusia sempurna, semua belajar dari kesilapan :)

Friday, April 5, 2013

Kisah Dua Dunia

Kisah antara dua dunia, persahabatan dan percintaan...adakah tamatannya menarik? Baca dan share :)

Jane, wanita berkarisma. Mempunyai perwatakan yang menarik, rabun jauh tetapi most of the time pakai contact lens. Dia cantik, tetapi kurang berkeyakinan terhadap dirinya. Dalam selama dia bekerja di bawah syarikat OneLeaf Holdings semestinya ramai terpikat dengan perwatakannya yang happy-go-lucky. Sangat senang dia bercakap dan menarik perhatian pelanggan-pelanggan syarikat lain untuk melabur di dalam saham.

Sudah tentu, apabila perempuan seperti Jane semestinya akan terpikat dengan jejaka pilihan hatinya. Bukan sahaja dia mengusha tetapi fantasi itu dibawa hingga ke alam mimpi. Jane jarang bersosial dengan sesiapa, hanya bersama pelanggan syarikat dan terus balik ke rumah. Tabiat Jane apabila di rumah, berFacebook, berTwitter dan juga berBBM di mana aktivitinya di masa lapang.

Sehinggalah ke suatu hari, dia melihat seorang jejaka tampan yang disukainya...difriend request olehnya. Jejaka itu approve, namanya Azry. maka berkenalanlah mereka di halaman muka buku. Pada mulanya Jane sudah tahu dan bersuara di dalam hatinya, "I'm not his type, I can feel it. Better jangan gedik dan perasan dia akan suka kat aku". Jadi, dengan itu Jane hanyalah bertegur sapa seperti biasa dan menjalani hidupnya seperti biasa.

Setahun, dua tahun berlalu...di mana Jane dilukakan hati oleh ramai lelaki dan terus bangun untuk kebahagiaan masa hadapan. Dia terus berTwitter bersama rakannya dan secara tiba-tiba, Azry mula mengikutinya di Twitter. Jane mengikutinya semula, Jane melihat profile Twitternya dan terserempak akan BBM pin Azry. Maka bermulalah perkenalan mereka semula melalui halaman Twitter dan BBM. Saban hari mereka bertanya khabar seperti biasa. Tiba-tiba pada suatu malam apabila Jane berBBM dengan Azry..terkeluarlah suatu ayat...

"Sebenarnya, sejak dahulu lagi saya melihat halaman Facebook awak. Saya minat akan awak, rupa awak membuatkan saya tersenyum dan jantung berdegup kencang"
Jane terkejut beruk! Adakah jejaka yang pernah diminatinya meminatinya semula?? Jane meneruskan sambil mereka berkongsi perasaan masing-masing. Tetapi hati Jane mula merasai sesuatu...

Jane terbangun pada esok paginya, terkejut dengan mimpinya berjumpa Azry. Jane menghantar BBM kepadanya dan Azry terkejut sambil ketawa...

"Sampai ke situ awak ingatkan saya ya? Ada jodohlah kita :)"
Jane tersenyum lebar, dia pergi meneruskan perjalanannya ke tempat kerja sambil mengukir senyuman di bibirnya. Malamnya, Jane meneruskan aktivitinya untuk berBBM, berFacebook dan berTwitter. Malam itu, segalanya berubah...lain dari yang sebelumnya, Azry mula menunjukkan bahawa dia tidak begitu berminat untuk menegur dan chat bersama Jane. Jane mula kecewa...sangkaannya bahawa Azry mungkin betul-betul meminatinya meleset.

Akhirnya pada esoknya, Jane hanya bertanya khabar dan mengucapkan kepada BBM Azry...

"Selamat Pagi, Semoga Hari Hari Yang Indah. Semoga Bertemu Dengan Yang Diingini :)"
Dan pada saat itu, Jane nekad...dia tidak mahu lagi berkenalan dengan seseorang dari laman sosial. Walaupun sakit hatinya, dia tahu bahawa bukan semua jodoh datang dari bersosial di internet..tetapi dengan mengenali seseorang di hadapan mata...

PEDOMAN: Janganlah terlalu berharap akan perasaan yang lebih dari pihak yang lain, kerana itu mampu membinasakan diri kita. Dan jangan anggap semua manusia adalah baik, terdapat sesetengah yang amat suka menghancurkan perasaan orang lain hanya untuk suka-suka.
 

Wednesday, March 27, 2013

Setelah Sekian Lama...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengikut blog..

Dah terlalu lama aku tak update kandungan blog aku. Maaf atas gangguan post kali ni sebab aku nak update tentang hidup aku. Hahaha.


Untuk yang tak tahu pasal life aku, aku study kat Universiti Utara Malaysia (UUM). Banyak simpang siur perlu aku jejaki untuk sampai ke menara gading. Dan banyak juga keputusan yang perlu aku buat untuk pastikan masa depan aku terjamin.

So, disebabkan itu aku jarang nak update blog. Aku nak fokuskan hidup aku kepada keluarga, pelajaran dan buah hati aku...eh!

Giteww la, tutup bukak mata dah setahun tujuh bulan dah bersama si dia. Walaupun baru setahun lebeyh, macam-macam dah diharungi kitorang. Haters dan jealousers ada tapi tak diendahkan kitorang. So itu juga satu sebab aku tak nak update sangat blog, nantikan dibenci dan dicaci. Biasalah, manusia...

So aku difahamkan oleh salah seorang followers bila nak publish kisah baru...mungkin tak lama lagi. Best sangat ke cite aku sampai semua tertanya-tanya. Hak hak hak, syok sendiri ada la.

Takpelah, so itulah...aku akan publish cerpen terbaru nanti. Tunggu ya, ia bakal mensebakkan hati korang sume. Sekarang kampus aku sibuk dengan isu Pelekat Kenderaan, sangat kontroversi dan hangat dikalangan pelajar.

Kalau nak baca ulasan pasal kes tu korang masuk lah link bawah ni.


Aku sebagai pelajar, memang rasa hak pelajar tidak diutamakan, tapi kali ini aku rasa terbela bila baca blog diorang.

So, setakat ni saja lah aku boleh update pasal ketidak hadiran aku selama ni. Semoga semua sihat dan dirahmati hendakNya. Amin. Wassalam.

Sunday, January 20, 2013

UUM, diam-diam panas (copy paste)

Post blog kali ini saya "copy paste" dari blog Muhammad Mohamad Idris
Reaksi sulung Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,
Dato' Saifuddin Abdullah di Facebook

Percaya atau tidak, UUM dikenali sebagai universiti ‘sepi dan pendiam di tengah hutan’, terpinggir dari kota. UUM terletak di bumi Sintok, 40km dari utara Alor Star, 10km dari timur pekan kecil Changlun. Keluasan universiti ini cukup besar, 1061 hektar. Sediam-diam UUM, rupa-rupanya dihuni oleh lebih 24,000 manusia, melingkungi mahasiswa dan kakitangan universiti. Akhbar Indonesia, Publik, pernah menulis UUM sebagai “universitas megah di tengah hutan.”

Siapa sangka, diam-diam UUM ibarat diam-diam ubi, UUM, diam-diam ‘panas’?

Dua hari lepas, timbul isu “listen 2013” (istilah saya) berkenaan ‘satu kejadian’ dalam Forum “Seiringkah mahasiswa dengan politik?” pada 8 Disember lalu. Tindakan Dr. Sharifah Zohra Jabeen, wakil NGO yang dikatakan tidak memberi kebenaran kepada pelajar bernama Bawani KS untuk menghabiskan pertikaiannya menjadi isu besar. Reaksi Dr. Sharifah atau ‘panggilan manjanya’, Kak Pah, terhadap pertikaian sekerat jalan itu turut menjadi pertikaian besar di mata banyak mahasiswa.

Nampaknya, baru selesai sahaja isu tarian Gangnam sewaktu minggu orientasi reda, timbul pula isu baru.

Luahan ahli jawatan kuasa program,
saudara Syahmi Zakaria yang perlu dinilai
Oleh sebab isu ini diapi-apikan di Facebook dan disebarkan secara meluas, maka “orang-orang yang tidak berkenaan dengan UUM” pun masuk campur, tumpang sekaki. Hatta, ‘ayat-ayat wayang pun bergema’, masing-masing mahu tunjuk jaguh. Ada pula, bukan nak tolong selesaikan masalah, tetapi memburukkan nama universiti yang terkenal dengan “Universiti Pengurusan Terkemuka.”

Hanya dengan video 24.18 minit...
Tergamak pula ada orang mengatakan UUM tidak berkualiti, UUM tiada pensyarah berkaliber, dan mahasiswa bodoh, seolah-olah tiada satu pun yang cerdik (walaupun UUM ada pelajar-pelajar yang CGPAnya 3.80-4.00), hanya dengan satu video yang panjangnya 24.18 minit itu. 

Agaknya ramai yang lupa, UUM yang tertubuh pada 16 Februari 1984 ini, telah menggapai banyak anugerah yang membanggakan. UUM telah diberi pengiktirafan cemerlang (5 bintang) menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi pada tahun 2011 atau Setara ’11 (mStar, 2012).

Sementelahan itu, UUM telah dinobat antara yang terbaik dalam penilaian Top Business School (TBS) di Malaysia. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada beberapa kriteria utama antaranya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan serta perkhidmatan yang diberikan oleh OYA-GSB dalam tempoh tiga tahun yang lalu (Blog MPP, 2012).

Ramai juga cemburu agaknya dengan kejayaan UUM meraih tempat kedua dalam kalangan 20 institusi pengajian tinggi terbaik dunia daripada segi penggunaan paling tinggi pangkalan data maklumat Emerald bagi 2010. Untuk makluman, lebih 45,000 organisasi termasuk universiti terkemuka, sekolah perniagaan, jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat terkenal dari seluruh dunia melanggan pangkalan data maklumat ini (Utusan, 2011).

Masih ingatkah lagi, kertas kerja bertajuk The Significance of Thaipusam in Motivating Domestic Travel Amongst the Malaysian Indian Community yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azilah Kassim menerima anugerah kertas kerja terbaik pada Persidangan Antarabangsa Pelancongan 2008 di Universiti Akdeniz, Alanya, Turki? (Utusan, 2008). 

Inisiatif ini mungkin wajar dicontohi bagi mendengar sendiri
perkara yang berlaku.
Bagi pengkhianat universiti, kaki sabotaj UUM, pastinya tersenyum lebar apabila isu ini mendapat perhatian meluas. Mana tidaknya, orang-orang luar yang tidak jelas akan isu ini, memaki hamun UUM dengan kata-kata nista, tanpa penilaian yang teliti. Hinggakan, ada yang berkata, “Aku tidak pernah jumpa universiti yang sejijik ini!” Kesian mereka di mata saya. Sedih, simpati, dan istighfar.

Oleh sebab saya diasak untuk memberi komentar, berikut adalah beberapa jawapan terhadap soalan yang diajukan:

“Apa perkara yang perlu diberi perhatian terhadap isu ini?”
  1. Cara atau manhaj atau pendekatan perlaksanaan program itu sendiri. Saya dimaklumkan perlaksanaan majlis ini ‘bermasalah’. Tajuk forum ini, “Seiringkah mahasiswa dengan politik?” tidak dikupas dengan baik dan kurang jelas. Lebih penting, prinsip keneutralan dalam penyampaian forum ketika berwacana didakwa tidak dituruti. Kegagalan menjaga sensitiviti politik turut mengakibatkan ‘kegoyahan’ dan ‘kesumbangan’ program terbabit.
  2. Sahabat saya yang mengikuti forum tersebut turut mengadu, panelis tidak menjaga sensitiviti politik. Selain itu, beberapa persoalan yang dikemukakan oleh peserta (selain Bawani), didakwa tampak mengecewakan atau “jawapan ala kadar”. Hatta, permasalahan inilah yang perlu diambil pengajaran kelak.
  3. Reaksi Dr. Kak Pah terhadap persoalan dan pandangan saudari Bawani tampak ‘jelek’. Saya senada dengan Dato’ Saifuddin, “Saya tidak akan menjawabnya dengan cara jawapan dalam video itu. Saya takkan sebut ayat yang membawa maksud buat apa duduk di Malaysia & buat apa belajar di UUM.
  4. Cara saudari Bawani memberi persoalan itu perlu ditegur. Tidak perlulah ‘berkasar’ dan panjang lebar agaknya. Sebagai ‘pejuang’, berbudi bahasa dan bijak ‘memberi soalan sinis’ kepada panelis perlu dimiliki.


“Apa yang awak harapkan?
Saya berharap agak pihak atasan UUM segera menyelesaikan masalah ini dengan bijak dan berhemah. Gunalah pendekatan perbincangan. Andailah ada yang berkasar, ‘berlembutlah berhadapan dengannya’. Lihat cara Muhammad SAW berhadapan dengan orang yang sedang berkasar dengannya. UUM ramai yang mahir kaunseling, sekurang-kurang, gunakanlah mereka yang arif dengan psikologi mahasiwa.

Saya menasihati agar pihak MPP membaiki sedikit cara memberi penerangan. Jawapan atau ulasan yang diberikan melalui laman blog rasmi MPP UUM tampak tersirat. Saya pun tidak jelas sangat. Andai ramai dalam kalangan mereka yang belum mahir berkomunikasi, bolehlah menyertai kursus pengucapan umum atau penulisan media. Di UUM ada Kelab Pengucapan Umum. Bolehlah meminta bantuan mereka untuk merangka kursus. Sekurang-kurangnya, kemahiran ini penting agar dapat meningkatkan daya ‘bagi jawapan’ mereka dengan baik. MPP kini bagus, cuma perlu ditambah baik lagi.

Poster program
Kepada Yang Berbahagia Dr. Kak Pah, segeralah memberi ulasan. Sewajarnya kita memberi peluang kepada Dr. Kak Pah untuk memberi ulasan juga. Kak Pah juga dialu-alukan memohon maaf kepada saudari Bawani kerana ‘keterlanjuran’ kata yang dilafazkan. Tidak lupa juga kepada saudari Bawani, ada baiknya cuba untuk bersikap lebih lembut, tetapi liciklah memberi soalan. Kadangkala, adakalanya kita tidak boleh memberi pandangan terlalu panjang lebar, cuba ringkaskan, padat, tetapi kritis.

Kepada mahasiswa universiti lain, jangan merendahkan pemikiran, martabat, dan sikap anda. Menyerang universiti saya khususnya rakan-rakan universiti secara membabi buta tidak mencerminkan kredibiliti anda sebagai mahasiswa. Semakin kuat anda  mencaci maki, sebenarnya semakin mendangkalkan diri anda, juga mencerminkan 'pemikiran universiti' anda sendiri.

Jangan gah sangat mengata universiti orang. Macamlah universiti selain daripada UUM itu semuanya ‘suci’. Saya dengar, ada kes sebuah universiti berlakunya kes... opss..

“UUM gagal ke, hasilkan mahasiswa bagus untuk pasaran kerja?”
Saya teringat akan data yang pernah dikemukakan oleh Prof. Madya. Dato’ Dr. Ahmad Faiz Abdul Hamid, mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UUM. Kata Dato’ Ahmad Faiz, “Kira-kira 85% mahasiswa keluaran UUM diterima di pasaran kerja. Ini menjadikan UUM sebagai antara enam universiti tertinggi yang diterima di pasaran kerja.” Di mata saya, agaknya, fakta ini enggan diakui ramai, lantas ada yang dengki dengan UUM.

Kepada mahasiswa dan mahasiswi UUM, biarlah apa mereka nak caci makikan kepada kita. Sekurang-kurang, mereka yang bertindak sedemikian mendapat dosa. “Menang kutuk, pahala tergadai, dosa bertambah.”

Hishamuddin Hassan ada berkata, “Kalau yang mengkritik itu juga adalah mahasiswa atau bekas mahasiswa. Aku percaya kualiti yang dikeluarkan universiti mereka lebih rendah berbanding kita.

Kesimpulan
Meminjam kata-kata Johan Jaaffar di dalam bukunya, Nota Kaki, “Sesekali elok juga kita dikejutkan”. "Kejutan" kes ini sememangnya "membangunkan" kita justeru saya seru seluruh warga UUM mengambil iktibar daripada kes ini. Kaji secara mendalam.

Ini sahaja komentar saya selaku "orang UUM", lagipun, saya tidak terlibat secara langsung dalam forum ini, baik ajk mahupun ahli forum. Maka, jawapan saya bukanlah 100% tepat.

Secara tersirat, teringat kata-kata pensyarah saya, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (2012), “ribut di dalam cawan jangan dibawa keluar” yang memetik satu pepatah Inggeris, "Storm in a Tea Cup". Ribut itu biasa, namun janganlah sampai tertumpah keluar, nanti semut-semut liar yang akan mendapat untung percuma. Ribut yang tidak dikawal dengan baik bukan sekadar boleh menyebabkan cawan menjadi retak malah jika kita melagakan ribut ini, ia boleh mewujudkan taufan yang boleh meranapkan.

UUM adalah universiti yang baik. Biasalah,
tiada universiti yang sempurna. Bukankah
manusia juga bukan sempurna?
Apa-apa ‘kecaman’ yang dilakukan terhadap UUM, hendaklah dikawal dengan bijak dan kreatis.

Janganlah terlalu memaki hamun MPP. Saya yakin ramai telah menambah saham dosa mereka terhadap makian dan carutan melampau terhadap Ku Amirul, termasuklah dari mereka yang kononnya da’ie alam maya. Apapun, saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk MPP.

Bukan senang nak jadi orang MPP. Mereka bukan duduk goyang kaki.

Saya tertanya-tanya, mengapa forum yang berlaku pada 8 Disember lalu itu, baru kini dibangkitkan?

Namun jangan lupa, kadangkala universiti juga tidak pandai menjaga hati pelajarnya.

Janganlah menilai UUM hanya dengan sekerat video itu. Tegurlah saya andai kenyataan ini ada khilafnya.

Ayuh, mari bersama-sama menjadikan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka! “Ilmu, budi, bakti”


Muhammad Mohamad Idris,
Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.

16 Januari 2013 / 4 Rabiul Awal 1434

Friday, January 18, 2013

Penjelasan bagi isu "LISTEN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan sekalian.
Tajuk topik kita hari ini, ya! First time aku terbabit dalam isu nak memberikan penjelasan pasal UUM. Walaupun UUM diistilahkan 'dalam hutan', tetapi aku sayangkan UUM sebab kita diberi pendidikan yang lebih baik dari negara-negara lain.

Pasal isu "LISTEN", siapa yang belum pernah tengok...nah sedikit 'drama' untuk korang lihat :)



Ini adalah komen dan ulasan salah seorng peserta yang menyertai program tersebut...
"BACA DAN NILAI"

READ ALL PARAGRAPH CAREFULLY!


sumber :: page Suara Wanita 1 Malaysia
cc :: khadijah soraya (UUM student)

Assalamualaikum. Minta tolong share seluas mungkin. Ini dari sahabat saya, mengenai fenomena #Listen. Enjoy reading.

Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya. Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi;

[SEBELUM PROGRAM]
[1] TAJUK
Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir panjang.

[2] MODERATOR
Moderator pada hari kejadian dikatakan saudara yang saya hormati YDP MPPUUM sendiri iaitu Saudara Ku Amirul, dia adalah pimpinan tertinggi di dalam kampus ini, wajar bagi saya menaruh harapan besar untuk mendengar penjelasan beliau tentang "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK?".

[3] MISTERI PANELIS
Panelis jemputan pada hari kejadian di"rahsia"kan, saya ini jiwa ingin tahu, jiwa mencari ilmu, jiwa mencari solusi, apabila panelis di"rahsia"kan, hati saya membuak-buak mencari siapakah mereka? Sememang hati saya berteka-teki mungkinkah tokoh-tokoh ilmuan negara? ataupun ahli akademik yang berautoriti tinggi akan mengupas tajuk ini.

Tiga point di atas menjadikan saya mungkin antara peserta terawal mendaftar, nampak seperti gelojoh, tapi gelojoh saya gelojoh gilakan "ilmu".

Adakah persoalan saya "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK" selama ini akan dijawab pada hari kejadian dengan berlandaskan prinsip-prinsip ilmu dan keterbukaan agama?

[SEWAKTU PROGRAM]

~SEJAM AWAL PROGRAM~
Saya berada di sana 9.15 pagi lebih kurang, sewaktu penulis sampai, makan pagi disediakan, makanan disediakan untuk 2000 peserta, "tingginya peruntukan program ni". Saya masuk dewan, dan saya lihat background pentas tertulis satu tajuk yang berlainan dengan apa yang saya ketahui sebelum ini,adakah tajuk diubah? menunggu dan menunggu lebih kurang pukul 10 pagi barulah persoalan penulis terjawab dengan ketibaan vip jemputan dan panelis diumumkan.

Antara 4 panelis :
1.Presiden Pertubuhan Wanita 1malaysia
2. Peter Yap (sales man)
3. Gulam Muzafar (banker)
4.

~ 2 JAM AWAL PROGRAM~

Saya sedikit kecewa dengan senarai panelis yang ada namun kerana jiwa ini dahagakan penjelasan mengenai isu ini, terus berada di dalam dewan terbabit moga-moga, mereka dapat mengulas tajuk ini dengan baik. Malang kerana apa yang saya hajati tak tercapai dan lebih malang lagi forum telah berubah kepada isu kepimpinan wanita, dan ini senarai isu yang dimainkan

[1] Ambiga pencetus demokrasi.

[2] Kes Nurul Izzah dengan kebebasan beragama.

[3] Bersih.

[4]Mahasiswa berdemonstrasi PTPTN.

Dari 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari, isu ini lah yang diulas, langsung tiada hujah ilmiah dan hanya membawa pandangan sebelah pihak, berulangkali panelis-panelis di atas sana menyatakan bahawa mereka tidak berpolitik kepartian tetapi ingin menunjukkan pimpinan wanita yang bermasalah di negara dan ingin dijadikan iktibar, saya akur! Tapi kenapa pimpinan pembangkang sahaja yang diserang? maksumkah pimpinan wanita kerajaan? mana kes menteri Shahrizat Jalil dengan NFC? kes "First Lady" Rosmah Mansur dengan cincinnya? satu sahaja ingin saya utarakan, adakah adil kamu menyerang sebelah pihak hanya kerana "mereka" berhaluan kiri?

~SEJAM SEBELUM TAMAT PROGRAM~

Saya melihat di sebelah, seorang peserta sedang menulis di satu helaian borang, bila saya perhatikan, ada yang tidak kena dengan helaian borang ini, yang menganjurkan adalah NGO tetapi kenapa di bawah helaian kertas ini berisikan biodata diri dan tempat mengundi dun dan parlimen.

Bila saya tanya kepada peserta terbabit dari mana datangnya, rupanya borang itu diedarkan awal program lagi, patutlah saya tak dapat kerana agak lewat, saya ambil gambar borang (boleh rujuk gambar yang ada dibawah) untuk mencari jawapan kenapa borang ini agak ganjil pada pandangan saya, kemudian sesi soal jawab dibuka, saya sudah bersedia ingin bertanya, malang terus berpanjangan apabila dua soalan sahaja dibuka, tidak sempat saya sampai di mikrofon untuk bertanya soalan di tengah-tengah dewan itu sesi soalan telah ditutup, saya mula rasa "semacam" , saya tahu bukan saya sahaja yang ingin bertanya tetapi tidak berkesampaian, selepas jawapan diberikan oleh Puan Sharifah, tiba-tiba beliau meminta kami berdiri, dan kemudian YDP MPP menjadi ketua membaca ikrar, saya tidak mengikutnya kerana saya langsung tidak jelas apa yang ingin diikrarkan sebenarnya. (mungkin tidak teratur seperti yang sebenar tetapi secara asas beginilah)

~MISS BAWANI MENGHANGATKAN SUASANA~

Selesai sahaja ikrar, sejurus sahaja semua dipersilakan duduk, sedang asyik Puan Sharifah bercakap di hadapan, satu suara minta untuk diberi perhatian kerana ingin melontar pendapat. Ya itu adalah Bawani. Perisitwa inilah yang menjadi bualan sekarang, dan mengegar satu Malaysia, saya mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dalam kejadian ini.

[1] Menyokong TINDAKAN Bawani.
Saya bersetuju dengan apa yang DIPERSOALKAN oleh Bawani, sahabat-sahabat yang tidak berada di majlis berkenaan perlu tahu kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk mendapat ilmu pengetahuan, tetapi hanya provokasi murahan dengan melabel dan mengecam "mereka" yang berhaluan kiri. Tajuk forum telah lama terbabas. Dan pihak penganjur mempersoalkan kenapa tidak bertanya sewaktu sesi soal jawab dibuka, saya rasa penganjur perlu sedar bahawasa penganjur hanya membuka 2 soalan untuk kami bertanya sedangkan TAJUK forum belum lagi terungkai! Hujah Miss Bawani cukup padu dengan fakta numberic dan perbandingan dengan negara-negara luar, syabas untuk Miss Bawani.

[2] Tidak Menyokong NADA SUARA Bawani
Saya yang berada di majlis berkenaan, kurang bersetuju dengan dengan nada suara yang digunakan oleh Miss Bawani, nada suara yang digunakan agak terbabas dari kawalan emosi, mungkin sahabat pembaca tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi inilah pandangan saya yang berada disana, dengan nada suara yang agak tinggi, membuatkan peserta kurang jelas apa yang diperkatakan oleh Bawani sendiri, dan jika kamu berada di tempat kejadian, kamu akan berdebar, dan kelihatan seolah satu pergaduhan "tarik rambut" akan berlaku.

[3] Sepenuhnya Tidak Bersetuju Dengan Puan Sharifah
Puan Sharifah dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi dan dikhabarkan cukup profesional, tetapi respon terhadap kejadian ini cukup mendukacitakan, Puan Sharifah lebih berpengalaman, Puan Sharifah lebih intelektual, Puan Sharifah lebih matang sepatutnya dalam mengawal suasana seperti ini. Dengan hujah Bawani yang matang, malangnya Puan Sharifah telah mengambil satu keputusan cukup memalukan, dengan beranalogi suatu yang tidak patut, menghina, merendahkan suara mahasiswi. Sememang wajar jika Puan Sharifah MEMOHON MAAF kepada Miss Bawani pada pandangan saya

Selesai selesai sesi "PANAS" ini, forum berlansung dengan penuh meriahnya bersama "GALAXY NOTE CLONE".

[SELEPAS PROGRAM]
Selesai forum, 2000 peserta sekali lagi diberi makanan tengah hari percuma, ramai yang berbicara kejadian panas ini, tetapi hanya berlegar di kalangan pelajar UUM, ada yang menyokong dan ada yang mengkeji tindakan Bawani. Tetapi sebulan selepas program ini berlangsung barulah isu ini tersebar dan menjadi bualan seluruh malaysia.

PANDANGAN PERIBADI PENULIS

SAYA MENYOKONG BAWANI SEPENUHNYA CUMA MUNGKIN PERLU DIBAIKI BEBERAPA PERKARA, DAN KEPADA PEMBACA NILAILAH SENDIRI. CUMA YANG MASIH MENJADI PERSOALAN SAYA, PERUNTUKAN YANG CUKUP TINGGI DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM SEPERTI INI (2 KALI MAKAN UNTUK 2000 PESERTA, 10 GALAXY NOTE CLONE TIDAK TERMASUK SAGUHATI) DARI MANA DATANGNYA UNTUK PROGRAM YANG SEBEGINI RENDAH KUALITINYA???

Itulah penjelasan dri peserta program masa tersebut. So, kesimpulan dari aku...BACA DAN NILAI sebelum mengecop pihak yang bersalah. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan, tetapi kesilapan diri sendiri dapat diatasi kalau mampu mengaku dan belajar dari kesalahan tersebut.

BTW, nah video parody bagi LISTEN itu ye!

Thursday, January 10, 2013

Lima Cara Memilih Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah s.a.w.) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

P/S : Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.