Thursday, December 27, 2012

Me on TV! :)

Sexcited gila bila muka masuk setiap episod dalam drama Tv A-Hijrah selepas Aidilfitri hari tuh. Berbaloi usaha lakonan selama 2 minggu bersama geng-geng pelakon utama drama "Doa Untuk Aku", Diddy Hirdy sangat sporting waktu berlakon sesama. Walaupun aku takde dialog dan hanya student latar dalam drama, aku takkan lupa pengalaman join shooting sesama diorg.


Aku ingat lagi, director ada panggil aku ntuk satu shot cakap dengan Jeffry (Diddy Hirdy). Punya lah gelabah aku sebab sudden dia panggil aku, yang Jeffry pon tetiba tanya soalan tak masuk dek akal. Aku punya la gelabah jawab pon selamba je time tu. Aku tak sempat tengok semua episod tapi aku bersyukur diberi peluang bertemu dan berlakon bersama artis-artis macam diorg kat UUM.

Bawah ni adalah sinopsis drama "Doa Untuk Aku", sebuah komedi drama tentang seorang muallaf yang baru memeluk Islam bernama Adly.

Kisah Adly  seorang pelajar universiti yang mualaf dari keluarga Mat Salleh berbangsa inggeris yang hanya punya pengetahuan agama yang basic sahaja. Tapi dia sangat mempercayai doa seorang ibu itu makbul. Dengan berkat doa ibunya lah dia akhirnya berjaya menyambung pengajian ke peringkat universiti. Namun apabila ibunya meninggal dunia, Adly seperti kehilangan arah dalam pelajarannya. Peperiksaan akhirnya makin dekat tapi dia tidak yakin akan lulus periksa tanpa doa ibunya.Dia menjadi gelabah dan tidak tentu arah. Akhirnya dia dimendapat tahu berkenaan lapan golongan yang makbul doanya. Adly kemudiannya mencari lapan golongan itu bagi mendoakan kejayaannya semasa dalam peperiksaan. 
Ni pulak adalah trailer bagi drama tersebut :)

No comments:

Post a Comment