Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013. The truth about Mayan Calendar.

Assalamualaikum semua,
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun 2013 dah kan? Semua expect nak kiamat bagai. Tak elok percaya benda macam ni. Kali ni aku nak jelaskan maksud sebenar Kalendar Mayan yang digembar-gemburkan membawa erti kiamat tuh.


Kaum Mayan maju dengan ahli matematik dan ahli astronomi yang mengira kitaran bulan dan matahari. Mereka mempunyai cara yang sangat khusus mengukur masa, dan salah satu daripada bentuk-bentuk ini adalah sistem 'Long Count', di mana setiap tahun mempunyai 18 bulan dengan 20 hari. Sistem ini juga termasuk unit-unit lain seperti KATUN, bersamaan dengan 20 tahun dalam kalendar, dan Baktun, yang bersamaan dengan 394 tahun.

Kepentingan mencapai Baktun ke-13, ia tidak seperti seperti apa yang berlaku dalam kalendar kita dan Baktun ke-14 tidak disambung. Kiraan kalendar mereka kembali ke sifar.

Tidak seperti semua bencana cerita yang anda mungkin telah dengar, pada penghujung Baktun ke-13, sebagai masa setiap hari Ahad berakhir dalam kalendar, Isnin datang lagi dan dengan itu bermula minggu baru. Mereka yang telah mengkaji isu ini, menjelaskan bahawa ini adalah kerana cara kerja sistem penjadualan mereka, dan walaupun ia merupakan akhir kitaran, ia tidak mempunyai makna bencana.

So korang dah faham maksud Kalendar Mayan? Bukan salah diorg, tapi fahaman manusia lain yang cakap ramalan kalendar diorang. Diorang tak bersalah pon, ish ish ish.

Thursday, December 27, 2012

Me on TV! :)

Sexcited gila bila muka masuk setiap episod dalam drama Tv A-Hijrah selepas Aidilfitri hari tuh. Berbaloi usaha lakonan selama 2 minggu bersama geng-geng pelakon utama drama "Doa Untuk Aku", Diddy Hirdy sangat sporting waktu berlakon sesama. Walaupun aku takde dialog dan hanya student latar dalam drama, aku takkan lupa pengalaman join shooting sesama diorg.


Aku ingat lagi, director ada panggil aku ntuk satu shot cakap dengan Jeffry (Diddy Hirdy). Punya lah gelabah aku sebab sudden dia panggil aku, yang Jeffry pon tetiba tanya soalan tak masuk dek akal. Aku punya la gelabah jawab pon selamba je time tu. Aku tak sempat tengok semua episod tapi aku bersyukur diberi peluang bertemu dan berlakon bersama artis-artis macam diorg kat UUM.

Bawah ni adalah sinopsis drama "Doa Untuk Aku", sebuah komedi drama tentang seorang muallaf yang baru memeluk Islam bernama Adly.

Kisah Adly  seorang pelajar universiti yang mualaf dari keluarga Mat Salleh berbangsa inggeris yang hanya punya pengetahuan agama yang basic sahaja. Tapi dia sangat mempercayai doa seorang ibu itu makbul. Dengan berkat doa ibunya lah dia akhirnya berjaya menyambung pengajian ke peringkat universiti. Namun apabila ibunya meninggal dunia, Adly seperti kehilangan arah dalam pelajarannya. Peperiksaan akhirnya makin dekat tapi dia tidak yakin akan lulus periksa tanpa doa ibunya.Dia menjadi gelabah dan tidak tentu arah. Akhirnya dia dimendapat tahu berkenaan lapan golongan yang makbul doanya. Adly kemudiannya mencari lapan golongan itu bagi mendoakan kejayaannya semasa dalam peperiksaan. 
Ni pulak adalah trailer bagi drama tersebut :)

TIPS Twitter

Tips kali ni adalah ntuk pengguna Twitter, aku dulu selalu sangat tweet mcm2 bila bosan. Tapi kadang-kadang susah nak tweet bila taip je kena tekan butang Tweet tu sume. Sekarang aku perkenalkan cara mudah nak Tweet menggunakan TweetDeck!

Bagi yang belum pernah dengar pasal TweetDeck, TweetDeck adalah Twitter client yang memudahkan urusan Tweet korang. Dalam satu masa korang boleh tengok tweet terbaru, siapa yang mention korg, siapa yang Direct Message korang dan sebagainya. Tak perlu nak tekan satu-satu nak tengok semua tu. Bwah ni contoh gambar interface TweetDeck yang aku gunakan.


Untuk pengetahuan korang, TweetDeck versi 0.38.2 adalah yang paling best. Aku nasihatkan korang download version ni saja. Jangan download versi baru sebab yang baru sumpah xbest nak tweet! Cubalah. Link untuk download TweetDeck ni aku bagi kat bawah ni. Enjoy!

Sunday, December 23, 2012

Cara save skrip CELTX ke Microsoft Word

Assalamualaikum n salam sejahtera.
Post sebelum ni aku ade perkenalkan aplikasi celtx kat korang kan? Ha, ada antara kawan-kawan aku tanya macam mana nak save di dalam bentuk word atau dengan extension "*.doc" atau "*.docx". So kali ni aku nak terangkan cara mudah nak masukkan skrip tu di dalam Microsoft Word. Untuk tumbesaran gambar kalau tak nampak, tekan je gamba tu untuk tumbesaran hakiki.

1. Buka fail skrip korang, pastu korang tekan je kat "Script" ---> "Export Script..."

 
2. Lepas tu pilih la folder mana korang nak save skrip ni ke bentuk ".txt"


3. Lepas korang dah save, buka fail yang dah di save tadi. Ia akan buka di dalam "Notepad". Korang tekan butang "Edit" ---> "Select All"


4. Lepas korang dah 'select all' tadi, pergi ke "Edit" ---> "Copy"


5. Lepas dah 'copy' semua perkataan tadi, korang buka lah Microsoft Word (pastikan korang dah set 'Page Setting' korang ke saiz 'A4' dalam "Page Layout" ---> "Size" ---> "A4"). Lepas tu, tekan lah butang 'Paste'. Ta-da, siaplah masukkan semua dalam Microsoft Word. Jangan lupa semak skrip tu semula bagi sesuai dengan page anda. Selamat berjaya! :)


Memperkenalkan Celtx, aplikasi mudah membuat skrip.

Lama aku tak update blog ni, ok kali ni aku nak perkenalkan aplikasi yang aku gunakan dalam pembuatan skrip. Aplikasi ni mudah sebab tak perlu nak 'adjust indent' seperti dalam Microsoft Word. Semua fungsi skrip dah lengkap di dalam aplikasi ni.


Aplikasi ni aku sarankan kepada penulis-penulis skrip di luar sana. Bukan apa, memudahkan segala urusan korang semua. Tak perlu nak susah-susah formatting Microsoft Word untuk tulis skrip korang. Link untuk download aplikasi ni, korang click je kat logo CELTX atas ni.

Aku harap ramai orang mampu hasilkan cerita yang berkualiti masa sekarang sebab dah terlalu banyak cerita yang dikeluarkan tak sesuai untuk kanak-kanak. Terlalu banyak yang berunsur ganas atau tidak bermoral sekarang, so aku sarankan korang mampu hasilkan cerita umum yang mampu memberi impak kepada para penonton di luar sana.

Peace out!

Wednesday, December 12, 2012

Video Blog II

Assalamualaikum dan salam sejahtera, lama kan aku tak update blog aku nie? Haha, busy sangat dengan social life dan study aku. Sampai lupa kat blog aku yang xseberapa nih, by the way aku de buat educational video ngan kawan sekelas aku...sebenarnya untuk assignment, tapi aku rasa video ni banyak bagi pengalaman kat aku dalam editing video walaupun aku xminat bab ni sbb xpandai langsung wat animasi.

So, bawah nie video aku...kalau nak komen sini komenlah. Kalau nak komen dalam YouTube skali like pon baguih jugak. Hahaha, anyways sorry sbb lama gila xupdate blog...nak fokus study sebab tukar majoring semester ni. So terpaksa hard work dengan semester yang ada 7 subjek!

Final exam start 26/12 sampai 6/1/2013...maunya tak gila 7 paper dalam 2 minggu. hahaha. Wish me luck though. Here's my video, enjoy. Wassalam.