Tuesday, October 30, 2012

Cintaku Untukmu

Alkisah bermula penceritaan dua pasangan bahagia. Mereka sangat bahagia sehinggakan wujudnya kecemburuan pihak lain. Hubungan mereka kukuh seperti titanium, akan tetapi kebahagiaan mereka hanya sementara.

Perkenalan antara Asiah dan Hamidi bermula melalui perkenalan antara rakan mereka, Amin. Amin dapat merasakan hubungan mereka bakal berkekalan kerana kerenah mereka sentiasa menjadi hiburan Amin. Apabila berjumpa sahaja, Hamidi sering menyakat Asiah sehinggakan terbang kasut ke muka Hamidi. Mereka menjadi rapat sehinggakan tiada siapa dapat menembusi dinding cinta mereka.

Hubungan mereka berkekalan sehingga 15 tahun, tiada siapa dapat menjangka bala yang bakal menimpa hubungan mereka itu...

Hamidi mula bekerja di satu syarikat mewah, betapa bangganya dia dapat bekerja di situ sehinggakan dia berimpian ingin berkahwin dengan Asiah beberapa tahun kemudian jika dia berjaya kelak. Hamidi bekerja keras, tanpa menyangka bahawa munculnya anak pemilik syarikat tersebut....Aminah cuba untuk merampas harta paling berharga Asiah.

Hamidi tahu akan tujuan Aminah dan dia sering mengelak akan godaannya. Hamidi terlampau sayangkan Asiah, dia nekad tidak akan membenarkan sesiapa menyentuh atau cuba menggoda dirinya itu. Asiah tidak bekerja, sebaliknya dia tinggal di rumah ibu bapanya menolong ibunya memasak dan menjaga adik-adiknya. Asiah mempunyai perwatakan sentiasa tersenyum, akan tetapi garang apabila disakat atau dikenakan. Asiah, seperti yang diceritakan oleh bekas kekasihnya dahulu adalah kuat cemburu.

Hamidi belum pernah melihat perwatakan Asiah itu, sehingga suatu hari Asiah mendapat tahu bahawa Aminah cuba untuk menggoda Hamidi ditambah pula Asiah kuat cemburu dengan situasi tersebut. Asiah, mula menunjukkan perwatakan cemburunya itu, dilemparkan tuduhan ke arah Hamidi tanpa soal siasat. Hamidi bengang dengan tindakan Asiah itu mula melemparkan kata-kata yang sangat kasar kepadanya..

"Aku boleh cari orang lebih baik dari kau, kau jangan ingat kau sorang je dalam dunia ni!", kata Hamidi.


Asiah terkedu, dia tidak mampu berkata apa-apa. Berfikiran bahawa dia tahu Hamidi adalah panas baran orangnya. Dia mendiamkan diri menunggu Hamidi sejuk hatinya dahulu sebelum berbincang semula. Akan tetapi Hamidi terasa tercabar jatuh dengan godaan Aminah dan mereka mula bersama di dalam syarikat itu. Asiah, mendengar cerita dari Amin...tidak mampu bersabar...dia tahu betapa bersalah dirinya menuduh Hamidi tanpa usul periksa. Tidak disangkanya Hamidi akan buat apa yang diperkatakannya beberapa hari sebelum itu.

Asiah menghubungi Hamidi, diajak berjumpa untuk menyelesaikan segalanya. Asiah melepaskan egonya itu dan cuba meminta maaf serta berjanji untuk cuba berubah dari sikapnya itu. Akan tetapi, malangnya ego Hamidi masih memakan dirinya. Dia menolak rayuan Asiah. Dia mempermainkan kata-kata Asiah itu dengan meninggalkan Asiah perlahan-lahan dari hidupnya. Asiah tanpa mengetahui penipuan ini jatuh akhirnya.

Berderai tangisan Asiah, mengetahui bahawa Hamidi berubah dengan hanya pertengkaran sekecil itu. Asiah beredar pergi dari hidup Hamidi. Beberapa tahun kemudian, Hamidi pulang ke kampung halaman. Dia bertemu Amin.

"Amin, mana Asiah...lama aku tak dengar cerita dari dia.", kata Hamidi.

"Asiah...eh, mana minah yang cantik, ayu, anggun yang selalu dengan kau hari tu?", jawab Amin.

"Aminah ke? Aku putuskan dengan dia, aku dapat tahu dia jenis kaki lelaki. Kantoi dengan aku dalam kelab hari tu dengan lelaki lain. Aku ingat dia innocent, sbb tak ramai kenal dia. Rupanya aku tertipu dengan segala penipuan dia. Aku datang nak minta maaf kat Asiah, mana dia Min?", rayu Hamidi.

Dengan muka yang sedih, Amin menceritakan saat-saat akhir Asiah sebelum bertemu dengan Maha Penciptanya. Asiah mempunyai penyakit tumor di dalam otak, tanpa memberitahu Hamidi...dia melepaskan Hamidi kerana dia tak mahu menderita bersama orang yang disayanginya.

Hamidi sebak hati menjejakkan kaki ke tanah kubur Asiah, meminta maaf di hadapan kuburnya kerana tidak mengetahui akan apa yang terjadi sebelum ini. Hamidi menangis, Amin menggeleng-gelengkan kepala sambil bercakap,

"Mungkin sudah terlambat Midi, dulu dia terlalu sayangkan kau sampai berpuluh-puluh risikan datang rumah dia tolak. Tengok apa yang sudah kau lepaskan untuk mengejar ego kau yang tak kemana tu."

Hamidi menundukkan kepala tanda menyesal...walaupun sudah terlambat.

Sunday, October 14, 2012

Tips Blackberry: Elakkan Kredit Ditelan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Era moden sekarang ramai dah mula gunakan telefon pintar atau dikenali sebagai SmartPhone. Aku sendiri dah pakai banyak jenis SmartPhone. Telefon pintar pertama aku HTC Wildfire di mana ada orang curi, kemudian sekarang aku pakai HTC Sensation XE yang datang dengan earphone BeatsAudio percuma! Aku sangat berpuas hati dengan kualiti audionya. Aku gak pakai BlackBerry, sekadar Bold 9700 pon dah memadai sebab aku tak berapa minat BB dengan memori akses yang kurang. Aku pakai sebab BBM je, nak BBM ngan tersayang je (gitcheww).

Baiklah, kat sini aku nak bagi sikit tips, semasa aku guna BB aku ada perasan kredit aku tetiba ada hilang walaupun aku guna BIS. So aku search Google dan terjumpa cara macam mana nak elakkan kredit dari ditelan. Penghargaan kepada Fahmie Hyperlink punya blog sebab bagi tips yang sempurna nih!


Kan sakit hati kalau tibe tibe credit kite hilang tanpe sebab kan? Settings nie akan membantu mereka yang menggunakan Prepaid. Kalau korang tanye kat Maxis Centre or Celcom Centre or Digi Centre pon diorang tak tau nak jawab pasal nie. 

AMARAN: Buat sebijik sebijik macam dalam gambar yang aku sediakan dan aku tandakan dengan anak panah tu tau. Mate tuh alert la sikit. Jangan asal boleh je. Kene PERFECT macam yang aku ajar.

Nota: Untuk memudahkan pencarian. Bagi OS6 dan keatas. Taip je kat standby mood BlackBerry korang tu. Bagi yang pakai OS5 dan kebawah. Sila cari di Options.
**************************************************

Fokus kat tulisan BlackBerry tu!! Ramai yang terlepas pandang.

Advanced System Settings: TCP IP
APN Setting Enable : Tandakan 
APN:BlackBerry.net (WAJIB sebijik sebijik macam nie)
APN: Authentication Enabled : Jangan Tanda

**************************************************



Advanced System Settings: Browser Push
Enable Push : Tandakan
Enable MDS Push: Jangan Tandakan
Enable WAP Push: Tandakan
Allow WAP Push Application: Jangan Tandakan

**************************************************





Tambahan: Bagi pengguna Social Network yang menggunakan UberSocial atau Social Scope sebagai Social Client pilihan anda, sila ikut setting ini. 
UberSocial and Social Scope : Options
Tandakan pada BIS. Jangan set bende nie kepada Auto. 

**************************************************

Aku harap korang gunakan tips ni bebaik, terutamanya yang pakai Prepaid. Jangan tension-tension sangatlah kredit tetiba hilang. Ha ni solution dia :)

P/S: Kalau BlackBerry App World ID korang tak boleh nak update. Sila tukar semua setting ini seperti sedia kala. Setting ini block Research In Motion (RIM) untuk menerima ID dari Blackberry.