Friday, August 17, 2012

Tak salah menegur.

Assalamualaikum,
Post kedua untuk hari ini, aku nak membuat teguran sikit. Lagipun teguran tak salah kan? So here goes!

Bermaafan di bulan puasa dan pada hari raya dah jadi adat Melayu kita. Tetapi kadang2 ia dianggap hanya diucapkan sempena sambutan sahaja. Bagi aku, bermaafan ini tak kira masa dan tempat. Dan orang yang memperlekehkan kata-kata ucapan maaf ini merupakan orang yang pendek akal. YA, pendapat aku tentang org sebegini adalah PENDEK AKAL!

Maaf jika ada yang terasa, sbb cuba jadi rasional dan jangan layan sangat ego pada diri tuh...ada betulnya apa yang aku cakap. Sbb bagi aku, orang yang meminta maaf ni dah dikira sanggup rebah ke tanah nak minta maaf dari kita dan kalau kita tak terima maaf dia tu dikira kita ini yang hina. Lagipun Nabi cakap macam mana pon salah seorang hamba Allah, dia layak diberi pengampunan apabila ikhlas meminta maaf.

Aku mengaku, aku bukan baik sangat dan ada juga yang membenci aku. Aku ada juga meminta maaf dengan orang yang anggap aku 'musuh' diorg. Tetapi aku rasa puas dapat meminta maaf walaupun hakikatnya diorg anggap maaf aku hanya mainan. Aku tak kisah dianggap mcm tu, asalkan aku dah buat tanggungjawab aku dengan diorg. Aku dah minta maaf.

Bila aku on twitter, aku lega hati baca salah sorg Twitterian Dian Sira Arja a.k.a Mama Duyung...


Betul juga apa yang dinyatakan dia, dan aku lega dapat selesaikan tanggungjawab aku.

Korang lak bagaimana? Dah minta maaf dengan semua org? Jangan bermusuh atau berdendam, tak baik tau.  Peace out! :)

No comments:

Post a Comment