Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua follower terchenta.

Hope korang semua sihat belaka. Aku tahu ramai sakit time posa ni, macam2 sakit termasuklah sakit penipuan. Hahaha. Aku sendiri pon ade sakit gak, demam campak kali kedua bulan puasa ni...adehh! Kena ganti puasa la pasni.

BTW, aku dah lama kan tak update blog aku nih. So sehari lagi kita nak berpuasa dan Aidil Fitri dah menjelma dah lusa nih. Aku bukan sempurna, aku banyak juga buat dosa kat orang sekeliling aku. Tapi aku nak minta maaf ni bukan sbb raya je, sbb aku memerlukan masa yang sesuai nak minta maaf dan aku raya ini masa yang paling sesuai. Serius aku ckp, ucapan maaf kat bawah ni adalah ucapan ikhlas dari hati aku.


Kepada EX aku,
Aku betul2 minta maaf sbb banyak buat salah kat korang, aku tak pernah berdendam dengan korang. Jujurnya apa yang korg assume pasal diri aku lepas breakup sebelum ni adalah penipuan. Aku gunakan kata2 desperate untuk menjauhkan korang dari aku dan MUNGKIN dah buat korang bencikan aku. Tapi aku tak salahkan korang, sbb itulah cara aku nak korang lupakan aku. Sekali lagi, maafkan diriku ini.

Kepada keluargaku,
Mama, abah, adik beradikku...Salam maaf dari diriku, banyak juga dosa aku bila difikirkan kadang2. Walau macam mana pon aku tetap sayangkan keluarga aku kerana diorg yang membesarkan aku dan membantu aku dalam pencapaian hidup skrg. Maafkan segala kekhilafan diriku ini.

Kepada si dia (MHZ),
B sayangkan sayang, b banyak buat salah kat syg tp sayang sabar je kan? Kita dah nak setahun dah 23 Ogos nih, b sayangkan sayang sangat2. Ingat janji kita tau, b tunggu sayang :)

Kepada rakan-rakanku, Facebookers, Twitterians etc.
Maafkanlah diriku jika ada terkasar bahasa dan tersalah cakap dengan korang. Mungkin masa korg tegur aku mood aku tak baik and secara tak sengaja aku lepaskan marah kat korg. Pada yang setia dengan diriku ini, aku sayangkan korg. Koranglah kawan terbaik, hehehe. Mungkin aku dah jarang menegur orang skrg, sbb aku pon nak kurangkan aktiviti online aku...aku nak fokuskan hidup aku. Nak aturkan semula apa yang kurang. Tapi aku sentiasa ingat semua org.

Kepada keluarga angkat,
Maafkan along kalau along da lama xcontact, along byk setelkan hal family skrg. Along xpenah lupa kat semua, raya nanti along beraya dengan semua tau. Nak makan banyak2 bagi badan ni naik! Heee

Aku rasa setakat ni je lah post aku bt masa skrg, idea tak banyak nak karang panjang2...tapi aku harap korang baca segala kemaafan aku...sbb aku ikhlas dan bukan sengaja nak amik simpati korg. Tanggungjawab aku sebagai manusia sudah selesai, hanya kemaafan dari korang je menentukan segalanya. Wassalam.

No comments:

Post a Comment