Monday, July 16, 2012

KAMU

Hatiku tak mampu berbicara, saat kata-kata itu keluar dari mulutmu. Kesalahan yang aku perlu tanggung kerana menyayangimu. Sanggup kamu salahkan diriku kerana segala yang terjadi kepadamu.

    Mungkin diriku ini teramat hina dipandangan matamu, aku cuba menjadi yang terbaik buat dirimu. Aku tak mampu terfikir, apa lagi salahku sampai dirimu begitu bencikan diriku? Aku hanya mampu mengalirkan air mata. Tatkala aku bersolat, aku makin bersedih di hadapan diri-Nya. Hanya Allah yang mampu memahami diriku ini.

    Aku menangis meminta pedoman dari-Nya, apakah salahku lagi? Adakah segalanya dikaitkan dengan diriku. Segala kegagalan dalam hidupmu, dikaitkan denganku...adakah aku punca segala-galanya? Kenapa aku diperlakukan begini, sedangkan aku berusaha mencintai dirimu dengan seluruh jiwaku.

    Adakah kamu sudah berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dari diriku? Adakah kamu sengaja menyalahkan diriku kerana perbuatanku? Adakah segala pengorbananku sia-sia? Ya Allah, hinanya diriku kepada dirimu. Jika itu fikiran kamu, aku redha...aku redha dengan ketentuan dirimu terhadapku. Campaklah, buanglah aku ke dalam ruang yang paling dalam.

    Aku tak mampu membahagiakan mu lagi, mungkin ini takdir untuk ku terima. Aku berharap kau bahagia bersama si dia yang baru itu. Aku tahu, aku telah banyak menyusahkan kamu dengan jarak kita yang terlalu jauh...aku redha...dan aku rela melepaskanmu jika ini caranya kamu lihat diriku...

Yang Benar,
Hamba Allah Yang Terluka.

No comments:

Post a Comment