Saturday, May 12, 2012

Setitik Air Mata Darah [Part 2]


  Jen membuat pelbagai helah bagi mendapatkan Umar dari tangan Maria. Umar adalah lelaki yang lemah bila berada dihadapan perempuan, dia jatuh di tangan Jen. Jen cuba mendesak Umar meninggalkan Maria. Akan tetapi...gagal. Sehingga satu tahap, Maria terpaksa berdepan dengan Jen...Maria pasrah untuk memberikan lampu hijau hidup bermadu kepada Umar. Maria tidak mahu berlaku pergaduhan lagi disebabkan perkara ini.

  Maria menitiskan air mata, bukan sehari...akan tetapi...setiap kali dia bersolat dan ingin tidur. Cuba anda bayangkan, hidup dengan mengetahui bahawa anda mempunyai madu...anda suka? Saya rasa tidak! Jadi kita teruskan. Maria sedih di dalam tetapi menunjukkan muka bahagia di hadapan Jen dan Umar. Umar berasa kasihan terhadap Maria yang terpaksa akur dengan perkahwinannya. Maria tetap bersetuju walau ditanya oleh Umar kenapa sebabnya.

  Hidup Maria selepas Umar berkahwin dengan Jen...kucar-kacir. Jen hanya mahukan Umar untuk dirinya. Maria sentiasa akur dengan permintaan Jen. Itulah situasi hidup perkahwinan mereka, berterusan berlaku perkara yang sama.

  Pada satu hari, Maria merasa kesakitan yang teramat di dalam kepalanya. Dia sangka itu adalah migrain yang menyerangnya, tetapi setelah diperiksa oleh doktor...otak Maria mempunyai tumor. Maria terduduk. Seperti kisah silam Maria, dia mempunyai penyakit migrain yang biasa sejak sekolah menengah. Tetapi apabila diselidik dengan teliti oleh doktor yang lain, dia disahkan mempunyai ketumbuhan. Tiada siapa tahu akan penyakitnya, termasuk keluarganya.

  Kelakuan Umar terhadap Maria makin kasar setelah dia sentiasa bersama Jen. Maria terpaksa akur dengan suaminya, seperti yang disebut di dalam Al-Quran, syurga di bawah telapak kaki suami. Maria tidak mahu derhaka kepada suaminya. Tetapi, kelakuannya selepas ini bakal membuat dirinya menyesal...

  Maria dengan sengaja mencalarkan muka madunya, Jen. Ini menyebabkan Umar berang dan menjatuhkan cerai talak satu kepada Maria. Maria berasa sangat berpuas hati. Kenapa? Teruskan membaca. Kini muka Jen tidak lagi ayu, tetapi Umar masih sayangkannya.

  Dengan berakhirnya kisah cinta suci Maria, dia menghabiskan sisa hidupnya di hospital. Tiada siapa tahu akan penyakitnya...kecuali keluarganya pada masa itu. Dia tidak membenarkan sesiapa pun memberitahu Umar tentang apa yang terjadi. Malam terakhir Maria, dia bersolat Isyak pada malam Jumaat sambil menitiskan air mata...tanpa sedar dia mengeluarkan air mata darah sambil berdoa kepada Allah untuk mengampuni dosa suaminya dan dirinya...pada saat itu...hembusan nafas terakhir Maria diakhiri dengan dua kalimah syahadah.

  Pemergian Maria hanya diketahui oleh Umar selepas selesai perkebumiannya. Ibu kandung Maria menceritakan segalanya kepada Umar. Air mata Umar bercucuran, menyesal dengan perbuatannya kepada Maria semasa hidupnya. Maria memutuskan ucapan kepada suaminya melalui surat yang menjelaskan bahawa dia bahagia bersama Umar sepanjang hidupnya. Dia bersyukur kerana saat dia mencalarkan Jen adalah untuk melihat sama ada Umar mencintai Jen sama seperti mencintai dirinya. Dia sangat bahagia sehingga nafas-nafas terakhirnya.

Berakhirlah cerita cinta tulus dan ikhlas Maria terhadap.....Umar...berakhir tanpa kata..

THE END

No comments:

Post a Comment