Monday, April 30, 2012

Setitik Air Mata Darah...

   Perasaan hati Maria menjadi kaku seribu, satu badannya tidak dapat bergerak, mulutnya kelu untuk berkata apa-apa. Pada saat itulah, Maria pasrah...bahawa dia telah kehilangan insan yang paling disayanginya selama-lamanya. Tiada guna mengalirkan air mata walau menyesali apa yang berlaku, itulah pengakhiran yang...ABADI.

   Diulangi kisah lama, Maria sangat bahagia bersama suaminya yang tercinta, Umar. Umar mempunyai ciri-ciri lelaki sempurna jika dilihat dari luarannya, dia pandai, berkarisma dan merupakan lelaki yang diidamkan oleh pelbagai wanita di luar sana. Dengan kata lain, Maria beruntung mendapat lelaki seperti Umar menjadi penghias hidupnya...akan tetapi kebahagiaanya hanyalah sementara.

   Hidup mereka berdua bahagia, Umar mempunyai rakan sekerja yang baik dan selalu menolongnya di waktu kesulitan. Satu syarikat sudah heboh mengetahui bahawa Umar bertemu jodoh dengan Maria, gadis ayu dari Kedah yang menjadi pujaan ramai lelaki di luar sana. Umar bangga, kerana bukan sahaja itu tetapi isterinya mempunyai sifat budi pekerti yang baik dan merupakan perempuan yang sopan santun.

   Tetapi, hidup yang bahagia dan sempurna itu didatangi oleh seorang wanita bernama Jen. Jen merupakan seorang wanita yang berpelajaran, tetapi pakaiannya agak menonjol ataupon dikenali sebagai tak cukup kain. Jen cukup suka bersosial dan berparti di luar. Dipendekkan cerita, Jen mendapat kerja di satu syarikat bersama dengan Umar. Umar banyak menolong Jen mengenali isu-isu semasa syarikat dan keadaan syarikat.

   Mungkin di situlah Jen mempunyai niat untuk merampas suami tercinta Maria....

BERSAMBUNG...

1 comment:

  1. Ini paling terbaik hasil karya dalam bahasa melayu yang pernah saya baca, dan saya sangat menyukai cara misteri awak gunakan untuk menceritakan kembali kisah silam awak,ini mengingatkan saya dengan skandal saya yang lepas...

    Cheers,

    Tony

    ReplyDelete