Friday, April 20, 2012

Got My Heart In Your Hands...


Sayang, b ingat waktu kita pertama kali kenal. Masing-masing masih mentah dengan percintaan. Kita berkenalan dengan baik sekali, suara sayang sungguh manja melayan keletah perangai b waktu mula-mula kita kenali dahulu. Dan seperti yang dijangka, kita ber'couple'. Tidak ku sangka akan mendapat seorang yang memahami diriku seperti kamu.

Tarikh keramat 23 haribulan Ogos 2011 sebagai tarikh kita mengucap kata cinta kita, masih b ingat yang b sangat takut untuk menjalankan apa-apa hubungan dengan seseorang. Dan dengan sifat takut itu, b mencari lagi seorang...betapa nakalnya perangai b pada waktu itu. Tidak cukup dengan satu. Akan tetapi, ditinggalkan oleh orang kedua itu sudah cukup memberi b penyesalan yang teramat.

Selepas ditinggalkan orang kedua, b terus menghantar SMS kepada syg minta dilupakan kerana b tak sanggup untuk menyiksa sayang. B tak sangka sayang boleh memaafkan b pada waktu itu, dan pada waktu itu b jatuh cinta makin dalam dengan sayang. Oh betapa bahagianya diriku dengan dirimu. Sayang, ingat lagi kenangan kita berjumpa buat pertama kali? Di KL Sentral, pada jam 1:30 petang. B masih ingat apabila mata kita pertama kali bertemu...seperti rangkap pertama lirik lagu Ungu - Percaya Padaku.

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

B xdpt nak bergerak buat sementara waktu pada masa itu, tetapi b rasa bersalah membohongi sayang dengan kelakuan b pada masa lepas. B menceritakan segalanya kepada sayang pada waktu kita berjumpa itu. Sayang ingat, b bawa sayang pergi teater Dian Sira? B ingat lagi, kita 'spend' banyak masa, sampai ke subuh kita bersama dengan sepupu b berjalan-jalan sekitar KL.

Pada waktu itu, b nekad sayanglah yang betul-betul akan b setia. Dan sampailah sekarang, tiada siapa dapat menyentuh diri b. Walau mata b meliar, akan tetapi b tahu yang b dah ada sayang...dan tiada b teruskan niat untuk berbuat apa-apa dengan renungan itu. B terlalu sayangkan sayang, dan b sangat bahagia dengan sayang.

Ingat janji dan sumpah kita, pegang ketat-ketat. Kerana b pegang dan berusaha untuk mencapai segala impian kita berdua itu. Walaupun ada yang cuba merosakkan hubungan kita walaupun b sendiri...b akan pertahankan cinta kita walau sampai hujung nyawa.

Setakat ini dahulu entry diriku kepada cintaku MHZ.

Tiada siapa dapat merobohkan bangunan...

MoHeZaiMi

No comments:

Post a Comment