Thursday, March 22, 2012

Cinta Sampai Mati.

Demikian bermula satu cerita, epik? Oh tidak! Bakal menggegarkan wayang? Tentu sekali tidak! Haha, inilah kisah cinta yang tiada berbelah bagi oleh seorang wanita bernama Zaera.


   Jika sesiapa mengenali Zaera, dia merupakan seorang wanita yang sangat lincah tutur kata, pandai mengambil hati sesiapa pun yang mendekatinya. Dia tidak pernah menunjukkan kesedihan di hadapan sesiapa pun, termasuklah rakan baiknya sendiri. Tetapi kisah di belakang tabir Zaera, hanya anda pembaca yang tahu.

   Zaera digembar-gemburkan mempunyai teman lelaki yang amat menyayanginya, bagai pinang dibelah dua jika dilihat gambar-gambar di Twitter dan Facebooknya. Ramai memcemburui kebahagiaan Zaera sehingga satu tahap teman lelakinya direbut oleh seorang yang bernama Falin.

   Teman lelakinya (Mohan) mudah termakan pujuk rayu orang, jadi seperti anda bayangkan Mohan telah memadukan Zaera. Zaera patah luluh apabila mendapat tahu bahawa dia mungkin kehilangan teman lelakinya itu. Dia tersiksa di dalam, tetapi menunjukkan kebahagiaan di luaran. Zaera redha dan pasrah menerima perempuan yang telah memasuki hidupnya dan teman lelakinya.

   Setelah bertahun-tahun lamanya, Zaera bahagia kerana Mohan menjaganya dengan amat baik sekali. Zaera dilayan seperti isteri walaupun belum berkahwin dengan Mohan. Dia gembira dan tenang, tetapi jauh di lubuk hatinya...dia sedih kerana kemunculan Falin membuatkannya cemburu.

  Bertahun-tahun Zaera cuba bertanya apakah kekurangannya yang membuatkan Mohan berpasang dua. Mohan membidas soalan tersebut berulang-ulang kali. Kadang-kadang melenting Mohan dengan soalan tersebut sehingga Zaera terpaksa akur dengan takdir sebegini.

   Demikian, Mohan mendapat tawaran bekerja di tempat yang berdekatan dengan Falin. Zaera makin tersiksa, mendapat tahu bahawa mereka mungkin akan bertemu setiap minggu atau setiap hari jika mampu. Tetapi apakan daya, Zaera akur kerana pekerjaan Mohan lebih penting bagi menjamin masa depannya. Mohan berpindah ke tempat kerja barunya.

   Seperti yang dikhuatiri Zaera, perkara yang dibayangkannya terjadi. Betapa sakit hatinya apabila mendapat tahu dari mulut seseorang bahawa Mohan setiap minggu keluar bersama Falin. Dia akur, kerana Mohan masih lagi menghubunginya setiap hari. Zaera tidak sabar untuk menunggu kepulangan Mohan pada ulang tahun mereka makin dekat. Pelbagai surprise Zaera fikirkan untuk menambat hati teman lelakinya itu.

   Tiba hari ulangtahun mereka, Mohan membatalkan kepulangannya. Katanya kerja membebaninya membuatkannya tidak dapat balik kepada Zaera. Zaera akur. Akan tetapi alasan Mohan hanya rekaan semata-mata kerana Falin telah mengajak Mohan untuk bercuti di Singapura.

   Zaera menghubungi Mohan, Falin tidak membenarkannya menjawab panggilan tersebut. Zaera dapat merasa sesuatu yang amat merisaukannya terjadi...jadi Zaera menghantar satu pesanan ringkas kepada Mohan...

"B, sayang syg sangat dkt b. Syg tunggu b balik tau,syg ada surprise kat b. Heeee,syg kat b sampai mati!"

   Mohan membaca dan memadamkan mesej tersebut.

   Setelah balik daripada percutiannya, Mohan cuba menghubungi Zaera, akan tetapi...gagal! Dia mula berasa serba salah dengan Zaera kerana cintanya pada Zaera jauh lebih kuat dari Falin. Dia membuat keputusan untuk pulang berjumpa Zaera.

   Apabila pulang, Mohan mencari di seluruh tempat di mana Zaera mungkin merayap! Akan tetapi, hampa. Tiba-tiba seorang pemuda menegurnya. Hancur hati Mohan mendapat tahu bahawa Zaera diragut dan dia meninggal kerana diseret oleh peragut tersebut. Mohan kecewa dan pergi melawat kubur Zaera.

   Di kubur, Mohan bertemu ibu Zaera. Ibunya memberikan sesuatu kepada Mohan...sebuah jam tangan khas dibuat oleh Zaera sendiri hasil ulangtahun bersama Mohan. Di belakang jam tersebut tertulis...

"Only you I will cherish and only you will be my one...till my death comes after me - Love Z"

   Air mata Mohan bercucuran menandakan berakhirnya sebuah percintaan Zaera yang abadi dan tulus...

No comments:

Post a Comment