Thursday, March 22, 2012

Cinta Sampai Mati.

Demikian bermula satu cerita, epik? Oh tidak! Bakal menggegarkan wayang? Tentu sekali tidak! Haha, inilah kisah cinta yang tiada berbelah bagi oleh seorang wanita bernama Zaera.


   Jika sesiapa mengenali Zaera, dia merupakan seorang wanita yang sangat lincah tutur kata, pandai mengambil hati sesiapa pun yang mendekatinya. Dia tidak pernah menunjukkan kesedihan di hadapan sesiapa pun, termasuklah rakan baiknya sendiri. Tetapi kisah di belakang tabir Zaera, hanya anda pembaca yang tahu.

   Zaera digembar-gemburkan mempunyai teman lelaki yang amat menyayanginya, bagai pinang dibelah dua jika dilihat gambar-gambar di Twitter dan Facebooknya. Ramai memcemburui kebahagiaan Zaera sehingga satu tahap teman lelakinya direbut oleh seorang yang bernama Falin.

   Teman lelakinya (Mohan) mudah termakan pujuk rayu orang, jadi seperti anda bayangkan Mohan telah memadukan Zaera. Zaera patah luluh apabila mendapat tahu bahawa dia mungkin kehilangan teman lelakinya itu. Dia tersiksa di dalam, tetapi menunjukkan kebahagiaan di luaran. Zaera redha dan pasrah menerima perempuan yang telah memasuki hidupnya dan teman lelakinya.

   Setelah bertahun-tahun lamanya, Zaera bahagia kerana Mohan menjaganya dengan amat baik sekali. Zaera dilayan seperti isteri walaupun belum berkahwin dengan Mohan. Dia gembira dan tenang, tetapi jauh di lubuk hatinya...dia sedih kerana kemunculan Falin membuatkannya cemburu.

  Bertahun-tahun Zaera cuba bertanya apakah kekurangannya yang membuatkan Mohan berpasang dua. Mohan membidas soalan tersebut berulang-ulang kali. Kadang-kadang melenting Mohan dengan soalan tersebut sehingga Zaera terpaksa akur dengan takdir sebegini.

   Demikian, Mohan mendapat tawaran bekerja di tempat yang berdekatan dengan Falin. Zaera makin tersiksa, mendapat tahu bahawa mereka mungkin akan bertemu setiap minggu atau setiap hari jika mampu. Tetapi apakan daya, Zaera akur kerana pekerjaan Mohan lebih penting bagi menjamin masa depannya. Mohan berpindah ke tempat kerja barunya.

   Seperti yang dikhuatiri Zaera, perkara yang dibayangkannya terjadi. Betapa sakit hatinya apabila mendapat tahu dari mulut seseorang bahawa Mohan setiap minggu keluar bersama Falin. Dia akur, kerana Mohan masih lagi menghubunginya setiap hari. Zaera tidak sabar untuk menunggu kepulangan Mohan pada ulang tahun mereka makin dekat. Pelbagai surprise Zaera fikirkan untuk menambat hati teman lelakinya itu.

   Tiba hari ulangtahun mereka, Mohan membatalkan kepulangannya. Katanya kerja membebaninya membuatkannya tidak dapat balik kepada Zaera. Zaera akur. Akan tetapi alasan Mohan hanya rekaan semata-mata kerana Falin telah mengajak Mohan untuk bercuti di Singapura.

   Zaera menghubungi Mohan, Falin tidak membenarkannya menjawab panggilan tersebut. Zaera dapat merasa sesuatu yang amat merisaukannya terjadi...jadi Zaera menghantar satu pesanan ringkas kepada Mohan...

"B, sayang syg sangat dkt b. Syg tunggu b balik tau,syg ada surprise kat b. Heeee,syg kat b sampai mati!"

   Mohan membaca dan memadamkan mesej tersebut.

   Setelah balik daripada percutiannya, Mohan cuba menghubungi Zaera, akan tetapi...gagal! Dia mula berasa serba salah dengan Zaera kerana cintanya pada Zaera jauh lebih kuat dari Falin. Dia membuat keputusan untuk pulang berjumpa Zaera.

   Apabila pulang, Mohan mencari di seluruh tempat di mana Zaera mungkin merayap! Akan tetapi, hampa. Tiba-tiba seorang pemuda menegurnya. Hancur hati Mohan mendapat tahu bahawa Zaera diragut dan dia meninggal kerana diseret oleh peragut tersebut. Mohan kecewa dan pergi melawat kubur Zaera.

   Di kubur, Mohan bertemu ibu Zaera. Ibunya memberikan sesuatu kepada Mohan...sebuah jam tangan khas dibuat oleh Zaera sendiri hasil ulangtahun bersama Mohan. Di belakang jam tersebut tertulis...

"Only you I will cherish and only you will be my one...till my death comes after me - Love Z"

   Air mata Mohan bercucuran menandakan berakhirnya sebuah percintaan Zaera yang abadi dan tulus...

Monday, March 19, 2012

Tentang Diriku

Hey peeps, lama x buat post original. So aku nak cite serba sedikit pasal diri aku malam ni.

Dulu aku dengar orang ckp kalau tahi lalat kat dada cepat fofular, macam2 fahaman org zaman skrg. Tapi xboleh percaya 100% sbb nanti jadi syirik :)

1. Aku jenis suka berkawan, tapi tak pandai menegur. Means aku akan balas ape pon yang ditegur oleh orang, kalau ditegur baik2 aku balas baik2. Tapi kalau tetiba nak maki aku, aku akan diamkan je dan berlalu pergi.

2. Aku bukan jenis pendendam, aku sentiasa maafkan sesiapa yang berkenaan. Cuma masa je yang menentukan.

3. Aku halalkan hutang seseorang bila dah terlalu lama dia berhutang ngan aku, aku bukan jenis meng'HARAM'kan sesuatu sesuka hati.

4. Aku kadang2 agak ego tapi aku kawal dari masa ke semasa. Aku bukan sombong tapi ikut masa aku xkan layan sesiapa ikut situasi.

5. Bila dalam sesuatu hubungan, aku boleh jadi cemburu buta @ kuat, kadang2 aku menjadi perosak sesuatu hubungan.

6. Aku jadi moody kalau xda sapa faham pasal diri aku, kalau aku amik berat means aku sayang...tapi selalu salah anggap ke arah lain.

7. Aku jenis suka menolong kawan aku, aku xpenah lupa pasal pertolongan diorg.

8. Hobi aku suka format laptop orang, orang selalu tanya napa aku suka buat laptop org...aku balas "sebab aku suka menyucikan balik benda yang dah kotor". hahahaha~

9. Kalau aku belajar, aku akan bersungguh2 ikut situasi yang diberi.

10. Aku skrg sedang dalam hubungan yang agak kukuh dengan MHZ, aku sayangkan dia teramat sangat sampai aku xtahu sama ada aku boleh teruskan hidup aku tanpa dia.

11. Aku ada dua akaun FB, satu untuk family and satu untuk sosial. Aku xnak campur semua dalam satu fb, nanti jadi pening + masalah.

12. Aku kadang2 suka timbulkan masalah dengan orang lain, tp bersebab lah bukan suka hati nak gaduh.

Tu je dulu, aku xingat perangai aku yang lain...next time ye aku update lagi. Assalamualaikum :)

Kata-kata Hikmah

1.       Siapa yang berwudhu saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.       Siapa yang bershalawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3.       Siapa yang bershalawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4.       Bershalawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5.       ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan bershalawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan sholat fardhu.
6.       Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.       Amalkan membaca shalawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8.       Siapa yang berniat mandi (untuk solat jum’at) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu sholat jum’at, dosanya akan diampun hingga jum’at berikutnya-Ahmad.
9.       Siapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10.   Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila berwudhu, beliau membasahi janggutnya -Tirmizi .
11.   Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apalagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12.   Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari, telunjuk & tengah) -Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.
13.   Menurut Sayyid Ahmad dahlan, siapa bershalawat walau sekali pada malam jum’at, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para Nabi.
14.   Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah shalawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15.   Perbaharui wudhu tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwudhu dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya -Abu Dawud.
16.   Siapa yang mengamalkan membaca shalawat tiga kali setiap lepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi masalah apapun .
17.   Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
18.   Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan bershalawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
19.   Nabi tak makan sambil bersandar -Bukhari. Artinya, Baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
20.   Menurut Syihab Ahmad, siapa bershalawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan Ishya, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.
21.   Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung