Friday, October 7, 2011

Sedih tapi bahagia.

Ha, entry kali ni agak bosan sket. Sbb aku nak cite pasal 'LOVE' life aku. Cerita ni dari awal aku bercinta sampai ke sekarang. Kalau bosan tutup je tau,sebab aku dpt agak aku bakal menceritakan sumthing yang bosan tahap gaban! Hahahaha.



Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, SUMPAH aku xpenah bercinta. Hahaha,sebab aku skema dulu kat sekolah. Serius takde sapa minat kat aku, orang yang aku minat pon reject aku tau! Hahaha. Aku start bercinta bila tahun 2009,semester keempat dalam pengajian Diploma aku.

First couple aku, mmg aku mentah gila2 sebab aku buta dalam bab cinta ni. Sampaikan aku penah abeskan duit kat ex aku ni...tak perlu lah ckp amaun. Bende dah lepas, aku tak nak ungkitkan lagi. Aku break dengan dia sebab aku tahu dia ada org lain selain aku...lepas tu aku ok. Kapel kedua aku,aku ditipu sebab aku kenal dia melalui MySpace. Aku jumpa, seperti biasa...aku ni jenis susah nak tinggalkan org. Jadi aku teman la dia seharian. Then aku buat satu plan ntuk bg dia balik awal. Berakhirlah hubungan ittew, hahaha.

My third couple,a nurse. Hehehe,boleh giteww? Sangat baik, byk bagi nasihat kat aku. Aku setia n jujur pada dia mcm selalu aku buat. Tapi malangnya,x bertahan lama hubungan kami. Dia mintak clash tanpa sebarang sebab. Padahal aku tahu,dia ada orang lain dah. Aku jadi psycho kejap, tapi xla teruk sangat. Then kitorg lost contact pastu.

My fourth couple,budak Perlissss. Hahahaha,setiap minggu kitorg keluar dating hokayy. Aku mmg setia sesangat la ngan dia. Until aku dengar cerita dari orang lain dia curang belakang aku,tp aku diamkan dulu. Then lepas bape lama tu dia mintak clash. Dia ckp aku terlalu bagus untuk dia. OMG! Alasan yang lapuk,sorry kalau salah tulih hokayy. Hahaha,tapi aku xsalahkan dia. Sebab sepanjang aku kapel ngan dia...aku selalu moody. Marah2 dia xtentu pasal. Maafkan saya ye awak :)

Yang tu la kapel aku sejak tahun 2009. Sejak tu aku xkapel DUA TAHUN. Sekarang, aku dah mula berjinak balik dengan cinta. And aku harap aku dpt berikan yang sebaik mungkin kat dia. Tapi aku kena ingat, walaupun kapel study tu lagi penting. Sbb masa depan aku terletak pada diri aku sendiri, bukan orang lain. Aku sayangkan dia,dalam masa yang sama aku takut perkara yang sama terjadi lagi kat aku. Huhuhu.

Hehehe, kan dah ckp entry ni bosan awat hang pi baca sampai habih! Ish3, hahaha. Tapi, satu je aku nak ckp. Walaupun dah clash, aku xpenah dalam naluri nak bermusuh ngan ex2 aku. Aku still akan contact diorg, minta maaf atas kesalahan2 aku pada diorg. Even xdimaafkan, aku still minta maaf. Sebab itu lah tanggungjawab kita sebagai manusia kat dunia yang dipinjam kita ni. Ingat tu, kita hamba Allah. Xsemua boleh lari dari kesilapan.

Sekian, hope korang bahagia walaupun single ke, kapel ke, skandal ke. Hahaha :)

Assalamualaikum WBT

1 comment:

  1. fuh beratoq ex..

    x pe skema itu unik bhahaha

    ReplyDelete