Sunday, August 28, 2011

Kehilangan Membawa Hikmah.

Ini sambungan dari post sebelum ini, Al-Fatihah buat rakanku Megat

Seperti yang diketahui,arwah sangat istimewa pada aku dan semua rakan2 yg lain sebab dia adalah seorang rakan yang sangat baik hati. Tak pernah sekalipon dia cari pasal atau sakitkan hati aku. Arwah merupakan rakan yang betul2 aku sanjungi sebab kebaikan dia menarik ramai rakan2 yang bersimpati atas apa yg terjadi padanya.

Di sini aku sertakan keratan akhbar tentang apa yang terjadi pada arwah...(tekan gambar untuk pembesaran berganda)



So,aku nak cerita sikit pasal arwah dalam ni. Nama full arwah Megat Mohamad Faeznor bin Alweei. Arwah dilahirkan pada 20 April 1992 dan meninggal pada 26 Ogos 2011 (Jumaat). Arwah merupakan anak pertama dari 4 adik beradik. Selepas dia, adik perempuan yang skrg berumur 14 tahun dan adik lelaki kembar yang masih kecil.

Dah baca info pasal arwah,aku terkejut sbb dia ada persamaan dengan aku...turutan adik beradik dia dengan adik beradik aku terbalik je. Aku num 4, akak aku num 3, and abg aku kembar jugak. Betapa terkejut aku,arwah masih study dalam bidang Diploma Pelancongan under UiTM. Sama bidang dengan aku waktu diploma dulu.

Dulu aku penah merajuk ngan arwah dalam twitter...


Aku ignore dia punya tweet sbb malas nak balas lagi, then aku terlupa nak balas. Lepas aku usha2 balik post dia ngan aku, aku perasan aku xbalas tweet ni. Aku terkilan...xsempat nak bermanja2 gurau dah dengan arwah.

"Ya Allah, kau tempatkanlah saudara Megat Mohamad Faeznor di sisimu yang Maha Mulia. Jauhkanlah beliau dari api neraka jahanam. Aminn. Al-Fatihah."

1 comment:

  1. “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

    ReplyDelete