Tuesday, August 30, 2011

Posting raya.

Walaupun arwah dah pergi, tapi masa tetap berjalan laju. Aku admit aku tak kenal arwah mcm orang lain,even number dia pon aku xda. Tp arwah layan aku baik je sepanjang aku kenal dengan dia,aku je kadang2 xlayan arwah. Xpelah,xda rezeki nak kenal rapat2. Tapi family arwah terima aku dalam hidup diorg. ALHAMDULILLAH.

Sehari sebelum raya aku kene balik kampung,Ya Allah. Sesak tersangat2 jalan nak ke Perlis. Sabar je lah,aku tunggu punya tunggu la nak jalan...


Tapi at last,Alhamdulillah sampai jugak Kampung Rama kat Kuala Sanglang. Pas sampai je ayah aku suh bawak dia pegi umah sum1 nak rawat tangan dia yang patah. So aku drive lagi,then balik kampung balik. Teramatlah penat asyik2 kene drive je. Then sampai waktu berbuka aku tgk byk gila makanan,tp mcm xda selera sgt nak makan walaupun SEMUANYA sedap2.


Selepas makan nasi yang sikit,tetibe badan aku sejuk nak mampos! Terketar2 tangan aku...aku gtaw mak aku tp dia ckp sebab hujan...mungkin kot. Then aku ckp kat mak aku nak balik dulu ke rumah,mak aku ckp ok...masa aku drive, aku mengantok sgt...ALL OF A SUDDEN, aku celik mata xngantok and hati aku rasa tenang teramat sangat...mungkin arwah dtg melawat aku time tu. Aku even ckp dalam hati sorang2 mcm tgh ckp ngan arwah :')

Pagi raya merupakan pagi yang painful! Tahu kenapa? Tetiba aku bangun aku sakit perut yang teramat...cirit birit tahap cipan nye lah! Sembahyang raya pon xpegi,aduhai...Jet oh Jet,kenapa kamu? Huhuhu.

Then petang aku ke rumah Que,beraya umah dia. Funny facts,aku igt baju aku warna ijau daun pisang...rupanya KUNING! Adoi! Tak mengapalah.

Esok aku plan dengan Que, Ed and Lutfi nak ke rumah family angkat kitorg. Tak sabar nak cium tangan umi kesayangan and lawat kubur arwah sambil baca Yaasin, InshaAllah. So setakat ni je lah post aku. Lain kali aku update lagi...kalau nak hupdate bahasa English,kemain penat tangan nak mengarang. So bye2 peeps. Selamat Hari Raya AidilFitri. Al-Fatihah kepada arwah...

Monday, August 29, 2011

Cerita tentang Umie dan keluarga.

Bila duduk sorang2 atau buat keja apa2 mesti teringat arwah Shazar'd Rico,tapi aku tahu dia pergi dalam bulan yang baik dan hari yang baik. Aku tahu aku tak patut bersedih,mungkin perlukan masa untuk menerima hakikat yang perit ni.

Memang semua yang pergi xkan kembali and kita sendiri akan dicabut nyawa bila tiba masanya. Ya aku redha dengan kehendak-Nya dan aku mula merasa yang kejadian ni memberi aku cahaya ntuk menjadi lebih baik. Aku mengaku aku tak cukup amalan selama ini. Aku cuba ntuk cukupkan lepas ni.

Bercakap tentang arwah, aku teringat plan aku nak jadikan family dia keluarga angkat aku dan Que. Mula-mula aku cuma ckp je dengan Q and plan nak bgtau umie pada hari raya nanti.

Tapi Q dah bagitau umie tadi...ni conversation skit pasal umie...



Terharu aku, umie menangis sebab kami dah bgtau nak jadi anak angkat umi. Walaupun tak sama macam arwah,tapi kami akan berikan yang terbaik buat family arwah.

Aku bukan nak minta apa2, aku ikhlas nak tolong family arwah dalam apa cara sekalipun. Sekurang2nya,aku dpt tolong serba sedikit keluarga arwah teruskan hidup.

Tak pernah aku putus doakan arwah semoga bahagia di alam sana...AL-FATIHAH.

Sunday, August 28, 2011

Kehilangan Membawa Hikmah.

Ini sambungan dari post sebelum ini, Al-Fatihah buat rakanku Megat

Seperti yang diketahui,arwah sangat istimewa pada aku dan semua rakan2 yg lain sebab dia adalah seorang rakan yang sangat baik hati. Tak pernah sekalipon dia cari pasal atau sakitkan hati aku. Arwah merupakan rakan yang betul2 aku sanjungi sebab kebaikan dia menarik ramai rakan2 yang bersimpati atas apa yg terjadi padanya.

Di sini aku sertakan keratan akhbar tentang apa yang terjadi pada arwah...(tekan gambar untuk pembesaran berganda)



So,aku nak cerita sikit pasal arwah dalam ni. Nama full arwah Megat Mohamad Faeznor bin Alweei. Arwah dilahirkan pada 20 April 1992 dan meninggal pada 26 Ogos 2011 (Jumaat). Arwah merupakan anak pertama dari 4 adik beradik. Selepas dia, adik perempuan yang skrg berumur 14 tahun dan adik lelaki kembar yang masih kecil.

Dah baca info pasal arwah,aku terkejut sbb dia ada persamaan dengan aku...turutan adik beradik dia dengan adik beradik aku terbalik je. Aku num 4, akak aku num 3, and abg aku kembar jugak. Betapa terkejut aku,arwah masih study dalam bidang Diploma Pelancongan under UiTM. Sama bidang dengan aku waktu diploma dulu.

Dulu aku penah merajuk ngan arwah dalam twitter...


Aku ignore dia punya tweet sbb malas nak balas lagi, then aku terlupa nak balas. Lepas aku usha2 balik post dia ngan aku, aku perasan aku xbalas tweet ni. Aku terkilan...xsempat nak bermanja2 gurau dah dengan arwah.

"Ya Allah, kau tempatkanlah saudara Megat Mohamad Faeznor di sisimu yang Maha Mulia. Jauhkanlah beliau dari api neraka jahanam. Aminn. Al-Fatihah."

Doa Buat Insan Yang Bergelar Sahabat. Al-Fatihah.

Dua hari lepas, merupakan hari yang sangat sedih bagi kami semua rakan2 FB.

Starting pada 26hb Ogos 2011, aku mulakan hari seperti biasa and proceed dengan plan nak keluar sesama kawan2 aku shopping barang ntuk UUM. Tapi bila sampai je Tesco Mergong,barang yang aku amik...aku letakkan semula kat tempat asal. And kwn aku ckp "la pulak dah,kenapa?", aku pon menjawab "entah la,nanti2 lah aku beli."

Starting from that moment something feels really2 off. Sampai ke malam mood aku xda,and tiba2 secara mengejut Aim Daniel sms aku ckp...

"I heard,megat meninggal..Nama fb dia shazar tu..Is it true?? Batt aim l0w,tp aim nk c0nfirmation.."

Aku dengan gelabahnya check FB Shazar'd Rico and nampak wall post ni...


Ya Allah aku terkejut, sangat2 terkejut. Pada mulanya aku memang tak terasa kerana aku jarang contact dia,then aku tekan butang 'See Friendship' and air mata aku mengalir pada masa tu. Sebab janjinya pada aku xkesampaian, Ya Allah...


Berlinang air mata aku xdapat nak berjumpa dengan arwah langsung,lepas tu terus aku plan dengan Que, EdFaris and Ariff ntuk pergi ke pengebumian arwah.


Esoknya kitorg pergi dan selamat sampai ke rumah kampung arwah, YA ALLAH betapa sebaknya waktu melihat jasad arwah,begitu tenang dan bersih...seakan2 arwah sedang tidur dengan lena sekali. Aku tgk Faris, Que dengan Ed menangis teresak2. Apatah lagi maknya,sangat sedih tgk mak dia merintih kehilangan seorang anak sulung.

Aku tak dapat mengalirkan air mata pada masa tu,sebab aku rasa arwah mungkin xsuka. Tapi selepas arwah dah dikuburkan...air mata aku mula mengalir mcm air terjun...aku tak dpt tahan. Aku kenal arwah 7 bulan, terasa seperti bertahun2 aku kenal dia.

Orang ckp kalau meninggal pada hari Jumaat,terlepas seksaan kubur sehingga kiamat. Syukur Alhamdulillah,selepas sudah dikebumikan...kami balik dan still contact with each other.

JASA arwah kepada kami amatlah tak terhingga, aku akan ingat arwah dan keluarga arwah. Akan aku ambil keluarga arwah seperti keluarga kandung aku sendiri. Aku akan jaga keluarganya bersama lain2. Aminn.

Semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah dan berada di kalangan orang2 yang beriman. Aminn. Al-Fatihah.