Sunday, December 25, 2011

Hidup ada NAIK dan TURUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai follower blogger semua. Hope korang semua sihat2 je sentiasa. Ngehhh, lama aku xupdate blog ni. So kali ni entry agak panjang sket sbb aku nak cite ape jadi kat aku in the past months.

gambar di kafe DPP TM, UUM

Yg belom tahu skrg aku kat mana, aku dah smbung study kat UUM, Sintok, Kedah. Life aku makin busy dan makin tak cukup tangan. Kenapa? Sbb aku ni sosial sgt, suka berkawan...bukan berskandal hokayy! Still lagi dengan motto "Setia Pada Yang Satu" #eh #matilaa

Aku dapat kos Bachelor in Multimedia with Honors. Seriusly excited aku dapat kos ni, tp byk dugaan aku bakal harungi nnt, kenapa? Sbb buat masa skrg macam2 dah jadi, group xde kerjasama n macam2 lagi. Tapi so far, everything goes well.

Walaupun aku xdapat nak apply masuk UiTM, aku still bangga masuk UUM sbb kakak aku punye life sangat berjaya walaupun masuk sini. So aku xrisau pasal masa depan aku. Ngeee. Seriusly, ramai org aku suka berkawan, Dina, Nana, Salwa, Naim, Zaf, Halim...seriusly ramai kwn la aku dapat masuk UUM ni. Semua jenis sporting, so aku nak berlawak kasar pon no hal bagi diorg.

Dalam masa belajar, aku kerja kat kedai runcit dekat dengan Dewan Penginapan Pelajar yang aku stay iaitu TM. Gaji xbyk mana, but at least berduit dari pokai right? Hahaha.

Enuff dengan entry bosan cite pasal UUM, now with my personal life plak. Xde banyak nak cite, love life ups and downs banyak sangat...duit plak banyak habis. Hahaha! Tp, aku bersyukur sbb Allah bagi byk peluang untuk aku perbaiki segala kesilapan aku. Aku xberdendam, and aku jenis pemaaf...aku malas nak dendam ngn org sbb nnt kita pulak dibenci org.

So life aku skrg, aku bahagia di samping kawan2, and love life baru aku...aku bahagia ada org yang ikhlas berkawan dengan aku, yang sentiasa berada di samping aku samada sedih atau bahagia. Sayang lah kat korang semua. Mmmmmuah!! Hehehe.

Btw, aku dpt mail from L.A. about a few weeks ago. Selena Gomez dah hantar autograph dia. Alhamdulillah! LEBIU SELENA!!!


That's all je kot entry kali ni. Hahaha, later peeps! Keep on follwing ye!

Friday, October 7, 2011

Sedih tapi bahagia.

Ha, entry kali ni agak bosan sket. Sbb aku nak cite pasal 'LOVE' life aku. Cerita ni dari awal aku bercinta sampai ke sekarang. Kalau bosan tutup je tau,sebab aku dpt agak aku bakal menceritakan sumthing yang bosan tahap gaban! Hahahaha.



Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, SUMPAH aku xpenah bercinta. Hahaha,sebab aku skema dulu kat sekolah. Serius takde sapa minat kat aku, orang yang aku minat pon reject aku tau! Hahaha. Aku start bercinta bila tahun 2009,semester keempat dalam pengajian Diploma aku.

First couple aku, mmg aku mentah gila2 sebab aku buta dalam bab cinta ni. Sampaikan aku penah abeskan duit kat ex aku ni...tak perlu lah ckp amaun. Bende dah lepas, aku tak nak ungkitkan lagi. Aku break dengan dia sebab aku tahu dia ada org lain selain aku...lepas tu aku ok. Kapel kedua aku,aku ditipu sebab aku kenal dia melalui MySpace. Aku jumpa, seperti biasa...aku ni jenis susah nak tinggalkan org. Jadi aku teman la dia seharian. Then aku buat satu plan ntuk bg dia balik awal. Berakhirlah hubungan ittew, hahaha.

My third couple,a nurse. Hehehe,boleh giteww? Sangat baik, byk bagi nasihat kat aku. Aku setia n jujur pada dia mcm selalu aku buat. Tapi malangnya,x bertahan lama hubungan kami. Dia mintak clash tanpa sebarang sebab. Padahal aku tahu,dia ada orang lain dah. Aku jadi psycho kejap, tapi xla teruk sangat. Then kitorg lost contact pastu.

My fourth couple,budak Perlissss. Hahahaha,setiap minggu kitorg keluar dating hokayy. Aku mmg setia sesangat la ngan dia. Until aku dengar cerita dari orang lain dia curang belakang aku,tp aku diamkan dulu. Then lepas bape lama tu dia mintak clash. Dia ckp aku terlalu bagus untuk dia. OMG! Alasan yang lapuk,sorry kalau salah tulih hokayy. Hahaha,tapi aku xsalahkan dia. Sebab sepanjang aku kapel ngan dia...aku selalu moody. Marah2 dia xtentu pasal. Maafkan saya ye awak :)

Yang tu la kapel aku sejak tahun 2009. Sejak tu aku xkapel DUA TAHUN. Sekarang, aku dah mula berjinak balik dengan cinta. And aku harap aku dpt berikan yang sebaik mungkin kat dia. Tapi aku kena ingat, walaupun kapel study tu lagi penting. Sbb masa depan aku terletak pada diri aku sendiri, bukan orang lain. Aku sayangkan dia,dalam masa yang sama aku takut perkara yang sama terjadi lagi kat aku. Huhuhu.

Hehehe, kan dah ckp entry ni bosan awat hang pi baca sampai habih! Ish3, hahaha. Tapi, satu je aku nak ckp. Walaupun dah clash, aku xpenah dalam naluri nak bermusuh ngan ex2 aku. Aku still akan contact diorg, minta maaf atas kesalahan2 aku pada diorg. Even xdimaafkan, aku still minta maaf. Sebab itu lah tanggungjawab kita sebagai manusia kat dunia yang dipinjam kita ni. Ingat tu, kita hamba Allah. Xsemua boleh lari dari kesilapan.

Sekian, hope korang bahagia walaupun single ke, kapel ke, skandal ke. Hahaha :)

Assalamualaikum WBT

Tuesday, September 20, 2011

Baru nak update pasal RAYA :P

Assalamualaikum semua, apa khabar? Sihat? Kalau sihat, Alhamdulillah. Jaga diri elok2 lah ye. Bagi yang sakit,rajin2 kan lah makan ubat! Ngeee~

Entry kali ni untuk yang dah lama plan nak update tp xupdate2 sampailah hari ni. Hehehe,raya hari tu kami semua (saya, Ed, Que, Lutfi and Faris) pegi beraya rumah umi. Tak sabar nak kesana malam sebelum tu, kitorang bertolak awal pagi dan sampai dalam tengahari camtu. Rindu kat family angkat kesayangan nih.

Kitorg melawat dulu kubur arwah, baca Yaa'sin dan sedekahkan Al-Fatihah. Aku xpandai baca Yaa'sin,jadi ikut je la Que baca pelan2. Xreti sangat baca laju2,baca slow2 leh la, hihihi.

Kubur arwah Megat Mohamad Faeznor :')
Pas dah melawat kubur, kitorg terus ke rumah kampung arwah yang kat Kota Kuala Muda. Umi ckp dia masak laksa sebab Ed suka sangat laksa2 ni. Hahahaha, so kitorg pon beraya lah kat sana sambil berbual2 dengan umi. Umi ada tunjuk segala barang2 arwah kat kami, gambar2 bawah ni la ape yang tinggal.

netbook arwah...hanya tinggal kenangan

Handphone XPERIA X10 arwah yang baru dibeli
Enuf dengan imbau kenangan semasa,hihihi. Jom beraya balik dengan umi! Mcm2 la kitorg bt kat umah umi, makan2, sembang2, amik gambar, hahaha. Mmg xde keje la kitorg,mcm xpenah nampak sawah plak :P







Lepas beraya, kitorg bergambar ngan family angkat kesayangan kitorg. Bahagia aku bergambar ngan diorg sume, mcm dah kenal bertahun2 padahal baru je kenal diorg sume :')











Actually,kitorang ade ikatan dah waktu ni...rantai antara kitorang sume... :)


Umi pon ade gak yang sama, tapi kitorang lambat beli, kitorang beli gak ntuk si kembar Azam, Azim dan juga si kakak :)

cantik x keychain ni? ngee, aku pilih tau wording! loceng Lutfi pilih :)

ni la rantai ntuk umi :)
Heee, rantai kakak xsempat nak snap sebab dia dah pakai awal2 dah. Kui3, rindu kat family neyh...walaupun jarang jumpa tapi cinta tetap kuat. Boleh gitu? :P

Last skali, aku sentiasa doakan ntuk arwah supaya selamat di alam sana. Al-Fatihah. Aku bersyukur dapat jumpa semua ni, sayang sangat2 kat semua :)

Thursday, September 1, 2011

Kami dipertemukan, thanks to arwah dan Allah SWT

Hey peeps,ni sambungan dari post pagi tadi tau, Kunjungan ke kampung arwah


Aku ade ckp pasal laptop arwah hancur kan? Yes,mmg xleh buka langsung,skrin pecah indefinitely..kalau nak repair pon better beli baru. Agak sedih bila tgk,tahan je air mata kitorg waktu Umi tunjuk segala possession arwah: Phone EXPERIA, Sony W750, laptop Acer arwah and minyak wangi arwah.

Umi serahkan minyak wangi suruh amik bau arwah,betapa kitorg suka bau cologne tu. So ESOK bermulalah proses percarian minyak wangi ittew!

Tangan siapakah ittew? Pandai2 la guess! Hahaha. Yang penting bukan aku hokayy~

Lepas abes kitorg mengimbau kenangan silam arwah, kitorg solat Asar. Lama gila kitorg duduk sana,mmg tak sangka and x terfikir pon. Sebab rasa mcm sekejap je duduk situ. Afta that, photoshoot lah apa lagi! Kalau ada yg igt arwah penah shooting kat bendang yang sama...Al-Fatihah.


makan laksa xhengat dunia!















P/S: hupdate yang ni hampir nak nanges,but tahan je. Al-Fatihah untuk arwah,dan syukur kerana arwah kami dipertemukan. Aminn Ya Robbal Alamin.

Kunjungan ke Rumah Umi

Hey peeps,sorry semalam tak hupdate my belogg. Hari ni baru nak hupdate,sorry you alls. Hahaha. Semalam kitorg journey towards SP,punyala sesak jalan nak ke rumah Umi. Tapi first nak cite dari awal aku keluar rumah sampailaa balik ke rumah. HoHoHo~!

Bersame family angkat kesayangan 'ketat-ketat' =P

Masa aku nak kuar rumah kan,ada la makhluk Allah ni tetibe SMS aku suruh belikan ikan kembong (kat Kedah kitorg panggil ikan termenung). Hihihi,cakapnya xcukup ikan nak buat laksa kat umah beliau lah kan. Nasib baik la kedai ikan ada je sepanjang jalan aku nak ke Alor Star. Terus aku beli sekilo 9 hengget, ingat tu 9 hengget! Hahaha,then aku terus gi amik Que kat umah,sebelum kitorg kuar semalam da pakat nak pakai baju kaler sama senanye...tp Que pakai baju lain masa kuar tu. Xpelah,move on gi amik Ed lak,iaitu makhluk Allah yang suruh aku beli ikan kembong bagai tu :P

Dah sampai rumah si Ed terus aku call dia, marah lak makhluk Allah sorg ni sebab aku tak reply mesej.Hahahaha, Que cakap nak buat surprise katanya kann. Last2 kene carut maksimum ngan makhluk Allah tersebut.

Pas kitorg dah hambik si Ed,fuh berjela aku cakap ni ha! Terusla kitorg gi amik si Lutfi lak dekat ngan Laguna. First kitorg silap rumah,shhhh! Xmo cite sebab kitorg malu sesangat! Hahaha. Then proceed ke Kota Kuala Muda.

Kitorg sampai ke KKM, terus kitorg ziarah kubur arwah Megat and baca Yaasin. Que still sedih sama ngan Ed,mmg xleh terpisah la kembar dua ekor ni. Lalala,then kitorg terus ke rumah Umi...nak dipendekkan cite,byk kesedihan yang dirasai tetapi lakonan org yang sedih tu berjaya sebab xtunjuk kat org lain. Sekian Terima Kasih! :P

Betapa byknya makhluk Allah yang suruh beli ikan tadi makan laksa kalau nak tau lah,kemain dia tambah dekat 3 pinggan. HoHoHo,hambik kau Ed kene carut ngan aku dalam ni. Muahahaha. Byk story kitorg share ngan Umi and Umi pon share ngan kitorg.

Nak dipendekkan cite,barang2 arwah ada sket kat aku...sebab nak repair and so on.

Ni phone arwah,aku baru je unlock code dia...huwm...

Ni plak hard disk dari netbook arwah.

Netbook arwah rosak teruk sebenarnye...xsempat aku nak snap pic...sebab sedih sgt tgk...even semua barang ni pon ada bau arwah...wangi :)

Ok la, setakat ni je kot aku update buat kali ni. Kejap2 lagi aku sambung balik cite ni k peeps. Take care ye,hati2 drive atau bawak moto.

P/S: sometimes i feel like i eagerly wanna die...i cried while posting this one :'(

Tuesday, August 30, 2011

Posting raya.

Walaupun arwah dah pergi, tapi masa tetap berjalan laju. Aku admit aku tak kenal arwah mcm orang lain,even number dia pon aku xda. Tp arwah layan aku baik je sepanjang aku kenal dengan dia,aku je kadang2 xlayan arwah. Xpelah,xda rezeki nak kenal rapat2. Tapi family arwah terima aku dalam hidup diorg. ALHAMDULILLAH.

Sehari sebelum raya aku kene balik kampung,Ya Allah. Sesak tersangat2 jalan nak ke Perlis. Sabar je lah,aku tunggu punya tunggu la nak jalan...


Tapi at last,Alhamdulillah sampai jugak Kampung Rama kat Kuala Sanglang. Pas sampai je ayah aku suh bawak dia pegi umah sum1 nak rawat tangan dia yang patah. So aku drive lagi,then balik kampung balik. Teramatlah penat asyik2 kene drive je. Then sampai waktu berbuka aku tgk byk gila makanan,tp mcm xda selera sgt nak makan walaupun SEMUANYA sedap2.


Selepas makan nasi yang sikit,tetibe badan aku sejuk nak mampos! Terketar2 tangan aku...aku gtaw mak aku tp dia ckp sebab hujan...mungkin kot. Then aku ckp kat mak aku nak balik dulu ke rumah,mak aku ckp ok...masa aku drive, aku mengantok sgt...ALL OF A SUDDEN, aku celik mata xngantok and hati aku rasa tenang teramat sangat...mungkin arwah dtg melawat aku time tu. Aku even ckp dalam hati sorang2 mcm tgh ckp ngan arwah :')

Pagi raya merupakan pagi yang painful! Tahu kenapa? Tetiba aku bangun aku sakit perut yang teramat...cirit birit tahap cipan nye lah! Sembahyang raya pon xpegi,aduhai...Jet oh Jet,kenapa kamu? Huhuhu.

Then petang aku ke rumah Que,beraya umah dia. Funny facts,aku igt baju aku warna ijau daun pisang...rupanya KUNING! Adoi! Tak mengapalah.

Esok aku plan dengan Que, Ed and Lutfi nak ke rumah family angkat kitorg. Tak sabar nak cium tangan umi kesayangan and lawat kubur arwah sambil baca Yaasin, InshaAllah. So setakat ni je lah post aku. Lain kali aku update lagi...kalau nak hupdate bahasa English,kemain penat tangan nak mengarang. So bye2 peeps. Selamat Hari Raya AidilFitri. Al-Fatihah kepada arwah...

Monday, August 29, 2011

Cerita tentang Umie dan keluarga.

Bila duduk sorang2 atau buat keja apa2 mesti teringat arwah Shazar'd Rico,tapi aku tahu dia pergi dalam bulan yang baik dan hari yang baik. Aku tahu aku tak patut bersedih,mungkin perlukan masa untuk menerima hakikat yang perit ni.

Memang semua yang pergi xkan kembali and kita sendiri akan dicabut nyawa bila tiba masanya. Ya aku redha dengan kehendak-Nya dan aku mula merasa yang kejadian ni memberi aku cahaya ntuk menjadi lebih baik. Aku mengaku aku tak cukup amalan selama ini. Aku cuba ntuk cukupkan lepas ni.

Bercakap tentang arwah, aku teringat plan aku nak jadikan family dia keluarga angkat aku dan Que. Mula-mula aku cuma ckp je dengan Q and plan nak bgtau umie pada hari raya nanti.

Tapi Q dah bagitau umie tadi...ni conversation skit pasal umie...



Terharu aku, umie menangis sebab kami dah bgtau nak jadi anak angkat umi. Walaupun tak sama macam arwah,tapi kami akan berikan yang terbaik buat family arwah.

Aku bukan nak minta apa2, aku ikhlas nak tolong family arwah dalam apa cara sekalipun. Sekurang2nya,aku dpt tolong serba sedikit keluarga arwah teruskan hidup.

Tak pernah aku putus doakan arwah semoga bahagia di alam sana...AL-FATIHAH.

Sunday, August 28, 2011

Kehilangan Membawa Hikmah.

Ini sambungan dari post sebelum ini, Al-Fatihah buat rakanku Megat

Seperti yang diketahui,arwah sangat istimewa pada aku dan semua rakan2 yg lain sebab dia adalah seorang rakan yang sangat baik hati. Tak pernah sekalipon dia cari pasal atau sakitkan hati aku. Arwah merupakan rakan yang betul2 aku sanjungi sebab kebaikan dia menarik ramai rakan2 yang bersimpati atas apa yg terjadi padanya.

Di sini aku sertakan keratan akhbar tentang apa yang terjadi pada arwah...(tekan gambar untuk pembesaran berganda)



So,aku nak cerita sikit pasal arwah dalam ni. Nama full arwah Megat Mohamad Faeznor bin Alweei. Arwah dilahirkan pada 20 April 1992 dan meninggal pada 26 Ogos 2011 (Jumaat). Arwah merupakan anak pertama dari 4 adik beradik. Selepas dia, adik perempuan yang skrg berumur 14 tahun dan adik lelaki kembar yang masih kecil.

Dah baca info pasal arwah,aku terkejut sbb dia ada persamaan dengan aku...turutan adik beradik dia dengan adik beradik aku terbalik je. Aku num 4, akak aku num 3, and abg aku kembar jugak. Betapa terkejut aku,arwah masih study dalam bidang Diploma Pelancongan under UiTM. Sama bidang dengan aku waktu diploma dulu.

Dulu aku penah merajuk ngan arwah dalam twitter...


Aku ignore dia punya tweet sbb malas nak balas lagi, then aku terlupa nak balas. Lepas aku usha2 balik post dia ngan aku, aku perasan aku xbalas tweet ni. Aku terkilan...xsempat nak bermanja2 gurau dah dengan arwah.

"Ya Allah, kau tempatkanlah saudara Megat Mohamad Faeznor di sisimu yang Maha Mulia. Jauhkanlah beliau dari api neraka jahanam. Aminn. Al-Fatihah."